Follow Us @soratemplates

10/11/2020

Mael Dalam Kenangan

November 10, 2020 10 Komen

Disember 2018 - November 2020

Selamat tinggal Mael. Akhirnya kau pergi jua. 

Pernah dilanggar kereta, admitted wad.. umur Mael masih panjang.

Pernah sakit - pun umur masih panjang

Kali ke-2 sakit - Allah lebih sayangkan Mael.

Sedihnya!!! Takde lagi dah makhluk nak ditegur sebelum masuk umah mak. Selalunya kalau balik makan tengah hari umah mak, Mael selalu tidur atau buat-buat tidur kat dalam sangkarnya atau di beranda. Mael!!

Minggu lepas memang perasan Mael takmo makan, tak aktif, lemah je. Badan pun dah agak susut rupanya memang benar Mael sakit!! Mael mati kerana virus Parvo!!

Maafkan kami Mael sebab tak bawak Mael ke klinik. Ingatkan Mael sakit biasa je. 

Terkejut tengok Mael bila adik send gambar Mael pagi tadi. Kurusssss sangat!! Macam bukan Mael. Last tengok Mael hari Rabu minggu lepas takdelah sekurus ni. Mael!! 😭😭


Mak cakap lepas azan Zohor macam tu Mael pergi. Tak sempat kami jumpa Mael. Iman pun tak sempat nak belai-belai Mael buat kali terakhir. Iman je suka manja-manjakan Mael. Sebenarnya kami adik beradik semua takutkan kucing! Harapkan Iman jer yang belai-belai Mael. 

Iman? Kompomlah dia nangis. Nasiblah ada Mika, kucing kat umah kami ni untuk dia belai-belai. Dah lah hujan sekarang. Dia main-main dengan si Mika dan nangis! Mesti teringatkan Mael 😭


09/11/2020

Lagu Cinta Kita 2 - Episod 1

November 09, 2020 5 Komen

Ehem! Siapa tengok Lagu Cinta Kita (LCK) Musim 2 malam tadi??? Tersengeh-sengeh jer tengok seyh. Haha. Suspen jugak tunggu stage tu bercantum ke tak, bercantum ke tak? Hihihi.

Er, apa LCK ni? LCK ni ialah program realiti yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM di Korea, Love At First Song. Program cari jodoh menerusi muzik itu menampilkan Elly Mazlein sebagai hos tetap untuk musim kedua. Dia turut bergandingan dengan pasangan hos berlainan iaitu Michael Ang dan Azwan Ali. So malam tadi turn AA, ramai pulak yang teruja melihat kemunculan semula AA di kaca tv. Herlok jer akak tengok dia semalam tau.

Sementara itu pula, Hael Husaini dikekalkan sebagai juri tetap seperti di musim pertama dan disertai Mas Idayu. Seorang juri jemputan turut menemani mereka pada setiap episod yang akan menjadi panel cinta. Malam tadi kita ada Ajai. Masaklah kena komen komposer kan?


Pada musim pertama, Lagu Cinta Kita menobatkan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan sebagai juara. Keserasian yang wujud antara mereka sekali gus membibitkan perasaan cinta sehingga ke jinjang pelamin dan berkahwin pada 25 Julai lalu. Sepasang lagi yang dah bertemu jodoh dari program ni ialah pasangan Erul & Naufa. Dah ada baby pun diorang berdua ni.



Malam tadi hanya 3 pasangan yang stage mereka bercantum so 3 pasangan ni automatically akan ke peringkat seterusnya. Manakala sepasang lagi juri tukar pasangan iaitu Syafiq yang dipasangkan dengan Serra untuk minggu seterusnya. 


Benchmark show malam tadi ialah pasangan Hariz dan Mafa. Ketiga-tiga juri puas hati sangat dengan show diorang sampai buat standing ovation lagi tu. Tapi memang best sora diorang berdua ni. Bak kata juri, macam dah lama kenal je.



Kalau baca komen netizen di live Youtube TV3 malam tadi, Mafa ni memang pernah join beberapa program realiti jugak sebelum ni. No wonder macam dah biasa sangat menyanyi. Sora Hariz pun sedap jugak. Diorang telah memilih lagu Mencintaimu (Krisdayanti), memang ada chemistry!

Satu lagi pasangan yang telah memilih lagu Paling Comel juga telah bercantum stage keduanya. Balqis & Amir ni memang sangat comel pun! Dah follow IG diorang. Hihi. Sepatutnya peserta pilih lagu catchy macam ni untuk minggu pertama sebab kita nak 1st impression tu. Lagu Paling Comel ni macam simple jer tapi sebenarnya menguji vokal jugak tau. Yang pilih lagu Kau Ilhamku dan Sempurna tu memang mistake la. Tak sesuai pulak rasanya lagu tu untuk masuk pertandingan. Eh? Over plak sis macam tau jer muzik ni.

Ni gambar cilok dari IG Amir. 


So far yang ke next stage malam tadi semua suara best. Tak sabar nak tunggu minggu seterusnya pulak. Hehehehe.

Yang tak berpeluang tengok LCK malam tadi bolehlah tengok di Youtube TV3 Official. 

06/11/2020

Kisah Maulidur Rasul 2020

November 06, 2020 8 Komen



Alkisahnya 31 Oktober minggu lepas PASTI #the Iman’s ada sambutan Maulidur Rasul. Tup tup pulak Kuching diisytiharkan red zone dan sekolah pun ditutup bermula 31 Oktober. Kesian pulak cikgu-cikgu dah buat semua preparation. Kek untuk sambutan birthday pun dah siap, jadinya cikgu-cikgu jer lah bergambar dengan deco dan kek yang dah ready.

Kek untuk anak-anak yang birthday bulan September dan Oktober.

Walaupun tak dapat celebrate di sekolah, cikgu ada buat pertandingan mewarna poster ‘Kami Cinta Rasul’ dan pertandingan video ucapan ‘Kami Cinta Rasul’. Tak sangka pulak Imran menang mewarna poster tu. Dalam dia mewarna pastu main pastu sambung lagi mewarna. Menang jugak. Hehehe. Video ucapan tu budak pempuan yang dapat paling banyak LIKE. Tapi cam biasalah Imran ni bukan ada perasan bila diberitahu menang. Dia bagitau abang dia jer pun yang dia menang pertandingan mewarna, lepas tu sambung balik main. Haha!


Budak laki ni ada lain sikit kan perangainya. Kalau si kakak dah excited dah cerita macam-macam. Macam-macam perangai anak-anak ni.

Ini haa #anakno3 Kakmim yang pergi ujian kemasukan ke sekolah agama 2 minggu lepas. Result keluar dah dan dia dukacitanya tak berjaya. Tapi macam biasa dia chill jer, takde perasaan. Ibu pun okay je. Nenek pulak yang sentap! Hahahaha!

Oleh sebab nenek, bapak (cucu-cucu panggil atok diorang ‘bapak’), makcik-makciknya suruh buat rayuan terpaksa jugaklah ibu mengarang surat rayuan walaupun tau takde konsep merayu-rayu ni. Tapi tadi ayah diorang dah selamat siap hantar surat ke PPD dah. Bak kata bapak Kakmim, at least kita ada usaha. Kalau memang bukan rezeki, tak apa.

Baiklah, baiklah. 

Biar semua orang puas hati walaupun jauh di sudut hati Kakmim memang takmo berharap. 

Okay.. sambung sikit cerita budak sorang lagi, si bongsu pulak.

Idlan tak menang apa-apa. Ibu pun saja tak bagitau dia. Nanti bila abang dia Imran bawak balik hadiah adalah ceritanya nanti. Hehehe. 

BTS Idlan sedang mewarna poster.

BTS pemenang tempat pertama, Imran Mudzaffar

04/11/2020

PS5 oh PS5

November 04, 2020 5 Komen


Viral ye orang beli PS5 2 hari ni sampai Kakmim pun terjebak jugak.

PS5 dah ada ke kat pasaran Malaysia? Kenapa ramai sangat yang update di medsos dah beli PS5 ni??

Jawapannya.. bayang pun belom ada!! Bayangan kotak jer yang ada. Mintak maaf la yang percaya. 

Ada member yang pm, komen, tanya berapa PS5 yang kononnya husband Kakmim ‘beli’ ni. Huhuhu. Mintak ampun ye. 

Dia tak beli pun. Kakmim guna filter jer kat IG. Jangan marah tau! Hihihi.

Wordless Wednesday: Swafoto

November 04, 2020 7 Komen

Kerja hari ni, tak BDR.
Kakmim payung swafoto dalam kereta k sementara tunggu traffic light bertukar ke hijau tadi.
Have a nice day uols!
Nanti free Kakmim BW ke blog korang k.
Bye!


 

02/11/2020

Zon Merah

November 02, 2020 8 Komen

 

Maaf ye tak sempat nak update. Nak BW pun 1-2 blog je tanpa tinggal jejak. Bekfes pagi tadi pun sambil setelkan keja.

Sejak Kuching dah dideclare zon merah Jumaat lepas Kakmim pun mohon BDR. Hari ni tetap keja sebab kami ada jadual penggiliran. Tapi tak menyempat pun nak update cerita minggu lepas. Banyak task yang kena disetelkan sebab walaupun keja kami tak kerja straight 8 jam.

Satu je. Pray for Kuching gais! Sekelip mata dah bertukar ke zon merah. Sebab tu lah patuhi SOP norma baharu yang telah ditetapkan. Sekarang ni macam penularan bermula dari kluster kayangan jer. Sedihhhh!