October Babies Story

Sebelum tahun 2025 berakhir, baiklah kiranya kita simpan di sini kisah birthday mereka yang tersayang untuk tahun ni. Bulan Oktober ialah penutup kepada sambutan birthday keluarga #theIMANs. Lengkap dah birthday semua dari bulan Februari hinggalah Oktober. 2 orang birthday Oktober, Iman dan Ayah. Kalau si bongsu berkongsi birthday dengan Ibu, kiranya hadiah birthday Ibu lah kan? Iman si sulung pun macam tu jugak, birthday dia 30hb, Ayah pulak 22hb, kira birthday gift Ayah jugak la kan? Cantik peraturan Allah. 

Beli sebiji kek untuk celebrate semua October babies. Nak beli kek setiap kali birthday gerenti muak. Kek macam biasa beli Red Velvet kegemaran ramai di SR.

Ayah dan Iman. Iman jadi penutup untuk birthday babies bulan 10.

Birthday Ayah, kami makan-makan 6 beranak je di Parimpan.

Usu (adik bongsu Ibu) pun birthday bulan 10 jugak. Time ni makan-makan di food court di Metrocity je. Bila tak buat booking tapi nak dinner dengan family member yang ramai, memang takde tempatlah. Semuanya fully booked. Penyudahnya ke food court je lah, confirm banyak je space.

Bulan 11, birthday Mak & Farah, dan anniversary mak dan bapak jugak. Dah update dah hari tu. Bulan 12 pulak takde siapa yang birthday, tapi anniversary Ayah dan Ibu pulak. Hehehe.

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang indah percaturan Allah. Memudahkan nak celebrate, kek boleh kongsi2 je sekali jalan.

    Anyway, only three days to go. Happy early anniversary, you two. Moga bahagia till Jannah.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!