"Kakmimmm!!! Ada la Miffy di CN Viva ni, nak ke???" - dapat whatsapp message.
Gambar si Miffy ni pun masuk bertalu-talu di whatsapp. Seorang Kakmim pun excited, hati berbunga-bunga, macam si gadis sunti yang baru dapat surat cinta dari crushnya.
"Nakkkk!!! Nakkkk!!! Tolong belikan, nanti akak QR!!", rakus sungguh jawapan balasnya.
Takde toleh kiri-kanan lagi. Nak terus beli. Tujuannya hanya satu, nak hadiahkan untuk si anak sulungnya je. Anak daranya memang peminat tegar warna kuning. Bila seorang mak tengok collection Miffy dari Christy Ng ni, warna kuning pulak tu, terus je rasa nak grab untuk dijadikan hadiah buat si anak. Begitulah ceritanya. Sang ibu yang over excited.
Bila si anak dapat beg Miffy CN ni, halahhh si anak lagi la over excited dari Ibunya. Terus tak sabar nak pergi tusyen guna beg Miffy. Begitulah ceritanya. Kisah hadiah birthday untuk si sulung di bulan Oktober yang lalu.
Tahun 2025, 16 tahun seorang Kakmim bergelar ibu. Terima kasih Allah atas anugerah dan amanah ini. Nak throwback kisah Kakmim mula-mula jadi ibu dulu tak?
Baca ye sini kalau free:

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!