Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026

Selamat kembali ke sekolah anak-anak. Selamat bertugas juga untuk ibu-ibu dan ayah-ayah. Bermulanya perjuangan kita untuk sesi tahun 2026 ya. Macam biasa pagi ni penuh gambar anak-anak sebelum ke sekolah di medsos. Semuanya bersemangat walaupun hujan lebat dan jem di sana sini di bandaraya Kuching. Tapi, saya pulak lupa nak ambik gambar anak-anak 4 orang. Pengawas-pengawas bertugas pagi ni, awal dah cikgu pesan semua pengawas bertugas di pondok untuk menyambut kedatangan adik-adik tahun 1. Seronok la Awan Alan, teruja bertugas di tahun baru.

Ini je la menyempat. Jam 4 dah bangun, biasalah hari Isnin macam tu lah, tapi 4 setengah baru bangkit dari katil dan mula masak. Mula-mula tu syukur jugak sebab hari tak hujan, tapi... tak lama lepas tu hujan pun turun. Hampa betul la.

Jadual untuk batch SK minggu ni, setiap hari guna baju PJ la lepas ni. Jumaat je berbaju uniform sekolah. PdP bermula Isnin depan.

Ini pulak jadual batch SMK, pun sama berbaju PJ atau rumah sukan. Hari Jumaat je berbaju seragam sekolah. Minggu depan, hari Isnin baru start PdP.

Batch SMK perhimpunan pertama tahun 2026 di dewan. Gambar ihsan dari guru kelas Iman. Dulu zaman Ibu masa perhimpunan kami susun kerusi, semua duduk di kerusi. Kelas pun setiap tingkatan ada 4 kelas je (max 25 orang sekelas), tak ramai. Sekarang setiap tingkatan ada 6 kelas (max 30 orang sekelas) so dah ramai, duduk lantai je la anak-anak ye.

Tak sabar tunggu cerita Awan Alan balik sekolah nanti, biasanya batch SK ni lagi banyak update daripada batch SMK. Hehehe.


 

Post a Comment

14 Comments

  1. Selamat kembali ke sekolah anak2 semua...

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin2 anak2.

    ReplyDelete
  3. Bagus..semua pun nak bawa bekal... Dekat sekolah SMK abang Mu'az, jumaat ni dah merentas desa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awalnya dh merentas desa... senang cikgu buat pemilihan dan training kot

      Delete
  4. Selamat ke sekolah buat semua anak2.

    ReplyDelete
  5. bagusnyaaaa semua bawa bekal! nak kena ambil semangat mcm kak mim juga ni sediakan bekal senang xyah fikir nk mkn ape ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg semua diorang ni bawak bekal dari tadika sampai ke SMK.. hehehe... senang katanya x payah nk berebut ke kantin

      Delete
  6. MZ tak sempat snap2 gmbr my 2 boys masa 1st day sek ari tu...kalut2 dan kuar awal dari rumah, so gelap laaa lagi kalau nak suruh posing2 kat sek pun

    ReplyDelete
  7. Menu fav anak2 utk bekalnya 😍😍. Skr tiap pagi pun hujan kak. Kdg kasihan lah anak dan suami mesti tetap kerja dan sekolah hujan2 nih. Semoga cepat berakhir musim hujan

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!