Ramai rupanya cuti hari ni, hampir takde orang di ofis. Student cuti mid sem, anak-anak pun cuti sekolah makanya ramai yang ambil kesempatan bercuti jugak. Saya? Memang tak plan pun cuti hari ni, sebabnya hari ni ada kelas, mode cuti mid-sem kali ni ialah online lecture, hmm... baik tak payah cuti.
Bila cuti baru plan nak minum di kedai, nak makan roti canai kononnya, tapi... kedai tutup pulak. Adoi la, nasib baik la pagi tadi terbukak hati nak bawak sebungkus mee segera.
Ini je lah jawabnya breakfast pagi ni. Nak grab pun malas, better makan mee rendam air panas. Dah lama tak buat macam ni. Zaman kampus dulu selalulah buat kaedah ni.
Mungkin jenama Lee Fah ni takde di Semenanjung, sebab kilang mee ni di Sarawak. Tapi saya belajar makan mee segera ni dari seorang rakan yang berasal dari Semenanjung. Cerita zaman di sekolah rendah dulu. Darjah 5 masa tu kami tukar kelas, so saya rapat lah dengan Shima ni, asal Melaka. Ayahnya yang bekerja di sini so semua famili dia pun ikut sama menetap di Kuching. Kami mula rapat, makan sama, belajar sama, balik rumah bergayut lagi di telefon rumah, bila ada kelas tambahan mak dia pun hantar lunch, guess what? Mak dia hantar mee Lee Fah kari jawa ni. Masa tu first time saya merasa mee ni. Dan sejak tu kalau nampak mee ni memang teringat dengan Shima. Kami jadi bff sampailah form 1. Er, darjah 6 dia balik semula ke Melaka. Bila form 1 dah tak berapa contact sebab Shima dah masuk sekolah asrama. Tapi sekarang masih lagi keep in touch di FB, dah tak berapa rapat dah pun. Begitulah saya. Mudah teringat, tengok ni teringat, dengar ni teringat.
Saya dan Shima masa reunion sekolah di tahun 2014. Shima fly ke Kuching time ni untuk hadir bersama di majlis reunion kami sekolah rendah. Zaman ni tak aktif blog tapi gambar semua simpan di FB. Sekarang album di FB semua dah settting 'Only Me'. Hehehe.


0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!