Makan Nasi Kandar Line Q & Karaoke@K11

Semalam Ahad lepas kakak dan Awan tusyen kami terus brunch. Alan tu la ada ke patutu hari Sabtu malam ajak makan nasi kandar. Dah la malas nak keluar dah bila dah lepak di rumah. Ya, hari Sabtu selesai je tusyen kami lepak di rumah je.

Seawal jam 10.30 pagi kami dah di restoran Nasi Kandar Line Q di Simpang Tiga. Selalunya kami makan nasi kandar Line Q ni di Mydin Petra Jaya, tapi Mydin tengah renovation sekarang, kena tunggu bulan 6 baru lah dijangka beroperasi semula.

First time ke Line Q di Simpang Tiga. Bersih kedainya, staf pun ceria je melayan customer. Syok pulak dia melayan Awan dan Alan masa pilih order. Orang lain semua mintak potong ayam goreng tu kecil-kecil tapi Awan Alan request taknak potong. Layan je lah, janji bahagia. Alan ni dah lama nak makan nasi kandar katanya. 

Time ni customer tak ramai lagi, bila nak balik barulah ramai student Swimburne turun makan. Restoran Line Q ni bersebelahan kampus Swinburne University je.

Lepas selesai makan, tengok jam di tangan, baru jam 11.30 pagi. Awal lagi ni. Encik Suami cakap nak ke mana lagi. Alan cakap taknak balik rumah dulu, boring. Ayah ajak tengok wayang tapi tak tau nak nonton cerita apa. Sementara masih awal, jom la kita karok, early bird sebelum jam 1 petang masih belum mahal lagi. Orait!! Cadangan diterima, lagipun kaka abang baru habis exam PPT. Boleh la release stress selepas 2 minggu tak cukup tidur stay up setiap malam. So dari SImpang Tiga kami ke K11 di The Hills pulak.

Early bird dapat RM12 per pax, tapi 2 jam je lah. Cukuplah 2 jam. Kalau pergi ramai-ramai tak kisah la sampai 4 jam. Lagipun kami bertiga je yang karaoke. Awan Alan dan abang main henfon je kat situ.

Sebelum tu kita bergambar dulu, yeay!! Kami dapat bilik tema Marvel. Jam 2 petang kami dah bergerak balik rumah dah. Dah tak tau dah nak ke mana dengan cuaca yang panas di luar.

 

Post a Comment

0 Comments