Semalam BDR, bekerja dari rumah. Dan surprisingly... lagi penat daripada kerja di ofis ye. Malam jam 8 dah lepak bilik terus tertidur. Kebetulan mak bagi kari ayam semalam itu yang tak masak, so lepas maghrib semua dah setel.
Sorang-sorang di rumah. Kononnya boleh lah nap dengan selesa ke apa ke. Rupanya tak. Join webinar, buat soalan, upload soalan, online class lagi. Lepas tu cuaca di luar panas, basuh baju, jemur baju. Aduyai, dengan perlu buat pengesahan setiap jam pulak tu. Ada jugak tersasar pengesahan beberapa minit.
Nanti bulan 8 nanti tak tau pulak garis panduan BDR macam mana pulak. Kalau perlu pengesahan setiap 1 jam memang malas lah nak BDR sebenarnya. Penat countdown masa pengesahan je. Pernah jugak try set alarm, pun kekadang ada jugak terbabas. Henfon kena gantung kat leher je kot baru ngan.
Dan ada lagi yang menyedihkan??? Nak nangis dulu ðŸ˜
Boleh pulak saya buat daftar pergerakan pada jam 4.30 pm, sepatutnya kena daftar keluar!! So semalam penat buat pengesahan sejam sekali, tapi akhirnya tak daftar keluar!!!! Stressss mak!

2 Comments
Harap BDR dihentikan dan digantikan dengan cara yang lebih praktikal..pekerja yang diakui cemerlang dan tinggi disiplin saja boleh bekerja di rumah...yang lain-lain keja ajak di ofis.
ReplyDeleteSebenarnya mudah jak memantau staff...nanga hasil kerja yang diberik..atau result oriented
Ada kawan yang bekerja kata BDR susah nak pantau staff nya.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!