UiTM untuk SEMUA?

Blogging from our Lab

Kecoh apabila MB Selangor mencadangkan kuota UiTM dibuka kepada non-bumiputera. Sejujurnya, saya juga tidak bersetuju dengan cadangan karut ini. Kenapa harus dibuka kuota kepada non-bumi sedangkan UiTM satu-satunya IPTA yang mempunyai visi dan misi untuk melahirkan golongan profesional di kalangan bumiputera. Saya memang tidak setuju cadangan MB tersebut.


Mungkin MB Selangor ada memikirkan kebaikan kenapa UiTM harus dibuka kepada selain golongan bumiputera. Salah satunya mungkin beliau mahu mewujudkan daya saing di antara bumiputera dan non-bumiputera. Mungkin ini akan menghasilkan satu output yang positif kelak jika rancangan ini diluluskan. Dan munkin juga tidak?


Seperti yang kita sedia maklum, IPTS sekarang dimonopoli oleh golongan non-bumi terutamanya kaum ca ya nun alif dan juga golongan yang berada. IPTS ni kan dah banyak, tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kalau ada duit, boleh masuk IPTS. Sekarang bukannya sukar nak mendapatkan segulung ijazah atau diploma. Bukan macam orang dulu-dulu. Kalau nak masuk IPTA, paling kurang tanah yang sekangkang kera di kampung sana yang menjadi mangsa untuk membiayai yuran pengajian dan pendaftaran. Sekarang?


Banyak sangat perbezaan antara dulu dan sekarang. Dulu, nak masuk U ibarat nak mendaki ke menara gading. Gading? Gading gajah tu. Tinggi kan. Nak panjat gading gajah tu, dengan gajah yang bergerak-gerak, sungguh mencabar kan? Sebab tu munculnya istilah 'menara gading' tu. Mungkin lah.


Malaysia, bumi kita. Tanah air kita. Dulu, ianya Tanah Melayu. Bermakna kita yang bermaharaja di sini. Bukan saya nak bersikap perkauman. Tetapi, lihatlah apa yang dah jadi dengan Hindraf. Seperti kacang lupakan kulit. Sepatutnya, kita mempertahankan hak bangsa kita. Ya, memang kita bangsa Malaysia, tetapi kita harus ingat jati diri kita. Keturunan kita. Kalau bukan kita yang mempertahankan maruah dan hak kita di bumi kita sendiri, siapa lagi? Takkan ca ya nun alif yang nak sibuk-sibuk mempertahankan anak bangsa mereka. Saya hairan kenapa MB tu yang mungkin orang kita (Melayu) tetapi terlalu optimistik dalam memperjuangkan nasib masa depan anak bangsa mereka. Mungkin beliau mampu untuk menghantar anak-anak beliau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi adakah dia ingat saudara-mara beliau di kampung sana? Oh, mungkin beliau bukan berasal dari kampung. Mungkin...


Apa yang saya cuba ketengahkan di sini, apakah motif cadangan kuota dibuka kepada non-bumi ke UiTM? Adakah nak membunuh anak bangsa sendiri? Saya memang tak berpuas hati. Saya setuju dengan PM kita, kenapa MB tu nak sibuk-sibuk fikirkan pengambilan pelajar ke UiTM? Atau adakah UiTM tu dah jadi hak milik kerajaan MB? Oh, mentang-mentang kampus utama di sana ya? Tolonglah.


pssst.. tetap tak setuju


4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ~ adakah hal diorg nak masukkan non bumi nie salah satu taktik politik? amy rasa cam ader kaitan jer ngan politik.. nak meamncing mungkin.

    tapi sebagai bekas pelajar MARA, misi dan visi MARA itu sendiri yang penting. even MRSM pun dah ader non bumiputra okeyh... ~

    ReplyDelete
  2. tp dulu mrsm just for bumi kn?
    tgk apa jd skrg?
    ntah la apa motif
    x suka..

    ReplyDelete
  3. aku pun x setuju juak.. teringin juak ku nk join cdak polah piket tp mls ku juak.. hehehe... time cdak g ya tetiba jak mb selangor xda dlm ofis... jemat tok cdak nk putrajaya gik...

    "uitm dihatiku!!"

    ReplyDelete
  4. erm... sorry to say ye kak... eventho diya ni student uitm gak... diya actually agak setuju dgn cadangan mb. erm... rajin2 nnt diya ulas sikit ttg hal ni. skrg tak bleh lg. sbb membe2 diya sume tgh "hot2" skang [diorg tahu blog diya]. huhu. diorg mmg agak mrh jugak psl hal ni. siap pekena "bengong" kat mb selangor. adehhh. diya sengap jelah. just tanya beberapa soalan psl hal ni [sbb diya pun baru bukak bharian online td].

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form