I bengang bila ..........

Rutin harian aku, gerak dari umah ke ofis tepat jam 7.15 pagi. Sampai ofis dalam 7.35, kalo traffic light tak merah. Perjalanan dari umah ke ofis sebenarnya sangat membozankan memandangkan jalan yang lurus dan panjang tetapi bukanlah highway. Kiri kanan tak banyak bangunan tetapi bukanlah hutan rimba. Rumah dan taman perumahan tu ada la tapi bukan kat tepi jalan, nun kena masuk dalam sikit baru jumpa umah orang. Memandangkan faktor jalan, persekitaran dan mood di pagi hari yang masih blur-blur, aku sangatlah bengang sekiranya berlaku perkara-perkara yang berikut di jalan raya ketika aku on the way nak pergi kerja:

  • Mengekori kereta yang bergerak 60 km/j di lane sebelah kanan. Nak cutting tak boleh sebab ada kereta/motor kat lane kiri
  • Mengekori kereta yang sikit-sikit brek, sikit brek sampai aku pun asik tekan-tekan brek jugak sebab takut terlanggar bontot kereta dia
  • Mengekori pasangan asyik-masyuk bercinta di atas motor yang tengah buat lawatan sambil belajar tunjuk itu, tunjuk ini macam pelancong dari Kutub Utara baru pernah sampai ke Malaysia
  • Tak boleh nak cutting motor yang terhegeh-hegeh ikut lane kanan. Dah ler bawa motor tengah-tengah jalan, tak sedar diri, macam dia sorang jer yang bayar road-tax
  • Kereta yang mengekor dari belakang dalam jarak yang sangat dekat macam nak cium bontot KB aku. Apa lagi aku bagi signal kiri, ko cutting lah jangan cium bontot KB aku, KB aku tak sudi. Bluwekk.
Lepas tu sampai di ofis, sebelum jam menunjukkan angka 8, aku dan kroni turun breakfast kat bawah. Menu aku: laksa Sarawak atau mee jawa atau roti telur. Itu jer la pilihan menu breakfast aku tiap-tiap pagi walaupun banyak pilihan lain tapi itu jugak yang masuk tekak aku. Pastu air suam bawah sendiri dari umah. Hehehe. Dan aku bengang bila:

  • Budak yang ambik order tu hari-hari mau tanya aku minum apa. Apa ko tak nampak ke aku ada bawak tupperware berisi penuh air kat depan aku?
  • Baru nak order menu lain, teringin nak makan mee hoon goreng tapi dibaginya mee goreng. Apalagi kena sound direct la, "lepas ni korek telinga sebelum amik order yek?!"

Eh, sekarang ni bulan puasa manade breakfast oit. Aman Cafe pun tak bukak da. Rutin aku setiap pagi sekarang ni bloghopping semua blog yang dah update sebelum aku mengulangkaji RMS aku. Hehehe.

Bila buka RMS benda yang paling aku bengang ialah:

  • Mengira peratusan kehadiran budak semester 1. Yang register lambat ni memang menyusahkan.
  • Mengira peratusan markah CAT budak
Aku tak suka bab kira-mengira peratusan ni. Kena amik kira pemberat la, kena tolak hari tak hadir bersebab la. Adoh, macam-macam hal.

Kepada kawan ku yang dah dapat jadi Pegawai Tadbir di Unimas, kitak mok juak kerja di tempat kamek tok ka? Kitak madah stress di Unimas, di sitok pun apa kurangnya. Dengan miaknya agik, bukannya semua sekali ajar terus masuk. Lain gik dengan yang suka ponteng kelasnya. Asal sudi ngepong daknya jak. Belum gik tugas sampingan. Travelling. Adoh. Embak palak rilek jak la sikmok mikir hal kerja gilak. Kerja mun dipikir gilak ne pandei abis.

Yah yah. :puteh_23:



11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. salam ramadhan.
    salam kenal...

    *ba ya mim alif sim qaf ta ya*

    ReplyDelete
  2. hahahaha...part tak bengang ngan penguna jln raya lain ya mek setuju gilak². even bukan mek yg drive **abg mek drive** gik mek sakit ati aie...lagik² mun nemu pasangan yg tgh masyuk bcinta ya...ieee...asa nk langgar lari jak aie...wakakakaka

    :P

    ReplyDelete
  3. kenalah byk bersabar jika kita bertemu dgn situasi yg bole wat kita bengang...skrg ni myra keja kat mane??bukan cikgu lagi ke??

    ReplyDelete
  4. bulan pose.. x baik memarah...

    tapi list atas nie memang wat ati panas.. lagi2 yang bercinta atas jalan tu.. xkira la nek moto or kete.. same je..

    erk...
    aku lak marah..

    yeayy..
    dapat komen.. hehe..

    ReplyDelete
  5. ba ya mim alif sim qaf ta ya,
    salam kenal ya ;)

    red,
    ekekeke.. jgn langgar lari
    mun kmk eh..
    mun dpt cutting, mek cut
    then mek tuleh jelin nya 2
    bengkerk wa ckp lu
    wakakaka

    risanur,
    mira mmg ada sedikit masalah ketidaksabaran di ats jln ler kak... ekekekekkee

    menteil,
    x marah, bengkerk jek... huhuhu
    sowie sblm ni ang x dapek komen
    huhu

    ReplyDelete
  6. Pstttt....Kat mana ada cafe buka bolan2 posa ni ek?? hehehe

    ReplyDelete
  7. ~ amy paling risau ngan motor. bukannya apa, takut terlanggar diorg or diorang langgar titot. tak pasal2 ada calar-balar pulak nanti. ~

    ReplyDelete
  8. jom2 breakfast weh hahahahah!!!!


    p/s: ada tag untuk kamu cik mira :p

    ReplyDelete
  9. boleh jek update :p

    ReplyDelete
  10. oo la mira yg dah tembam.. jgn bengang2 yek.. senyum selalu

    ReplyDelete
  11. oho. sume yg akk list kan tu mmg diya pun bengang walaupun ayah diya yg drive. paling tak best bila kenderaan berat blocking sume kete. habis 10 kete dok follow blkg die. ms tu mmg akan "cucuk" ayah pintas sume. ngehhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form