Detik Itu

Sebenarnya dah lama aku nak blogging pasal ni.
Saat-saat yang mungkin takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Saat-saat aku disahkan untuk memegang title seorang 'Ibu'.


Sekarang kandungan aku dah mencapai usia 13 minggu.
Means dah di minggu terakhir trimester pertama.
Tapi baru nak share-share story kat blog.
Dari dulu lagi dah aku nak 'save' saat-saat manis ni di blog.
Tapi apakan daya, masa mula-mula pregnant dulu aku sakit.
Dah la sakit, malas pun satu hal.
Dah ler tu kerja pun bertambah.
What to do?
Mungkin 'rezeki', mungkin hikmah.
Memang aku sakit teruk.
Sekarang pun aku belum boleh dikatakan pulih sepenuhnya.
Tapi aku bersyukur sakit aku tidaklah sekronik dulu.
Alhamdulillah.
Aku tetap bersyukur kepadaNYA.


Ada member yang dah lama tak jumpa aku nak tengok pic aku pregnant.
-Belum nampak-
Member yang sekali-sekala jumpa pun cakap.
-Belum nampak-
Member-member kat ofis lagi la cakap.
-Belum nampak-
Yup. Memang belum nampak.
Mak cakap dia masa pregnant memang tak nampak.
Kalo nampak takkan aku tak tau Mak pregnant masa aku masuk matrix dulu.
Nah. Mungkin aku ikut Mak kot.
Jenis yang tak nampak.
Tapi jauh di sudut hati aku risau jugak sebab tak nampak.
Takpe, Isnin nanti gi KKIA for 2nd appointment.
Member-member cakap pergi kali ke-2, kena injection.
Alahai, jarum lagi.
Cuak gak.



Aku pergi register di KKIA Malaysia Jaya semasa kandunganku berusia 9 minggu.
Masa tu aku memang tengah kronik sakit.
Tapi demi baby aku gagahkan jugak untuk pergi register di KKIA.
Aku takut nurse-nurse kat situ marah bila menengokkan keadaan aku.
Tapi bila Mak cakap, "sekda lah nya nak nganok, bukannya kita mintak penyakit ya"
Barulah aku berani sikit.
Encik Suami pun pujuk, "ada gik urang yang sakit teruk gik dari kitak, sekda papa bah"
Barulah aku bersemangat sikit.
Aku takut dan aku bimbang akan baby di dalam kandunganku.
Aku takmo ada apa-apa berlaku kepada baby.
Semoga baby ku sihat dan selamat.
Cuma itu yang selalu ku pinta semasa solat.


Sememangnya aku bersyukur kerana aku tak 'bunting pelamin.'
Kalo korang masih ingat, selepas kawen aku terus sakit.
Dan masa sakit tu memang aku ambik steroid dan juga anti-histamin.
Dan semua tu memang tak selamat untuk janin.
Bila aku dah habiskan semua dadah-dadah tu.
Aku dan Encik Suami memang merancang untuk mendapatkan baby.
Dan alhamdulillah bulan 2 hari tu aku dah rasa aku gems semacam.
Selera makan juga bertambah.
Jeans pun dah ketat.
Mati-mati aku ingatkan aku dah gems.
Encik Suami pulak dah ada instinct aku dah 'berisi'.
Tapi aku tetap menafikan.
Walaupun mulut menidakkan tapi aku dah start googling simptom-simptom kehamilan.
Ya. Badan aku selalu panas bila malam.
Kekadang aku tak perlukan selimut bila tidur on aircond & kipas angin.
Aku mula rasa tired semacam bila balik kerja.
Aku mudah tertidur bila di dalam kereta.
Bila makan, kalo aku suka 1 lauk tu, sepanjang minggu tu lah aku akan ambik lauk tu.
Tiap-tiap malam aku akan ajak Encik Suami makan tomyam di Tom Yum Goong tanpa rasa jemu.
Aku mula pening-pening.
Perut selalu rasa senak-senak.
Aku juga suka makan benda-benda masam.
Belum lagi simptom-simptom fizikal lain.
Dan aku dapat rasakan yang aku pregnant.
Encik Suami pula beria-iya suruh aku buat pregnancy test.
Tapi aku takmo keciwa.
Tunggu hari aku sepatutnya period dulu lah.



27.2.2009
Aku buat pregnancy test sendiri.
Tak reti. Macam bongok jer aku rasa.
Tak sabar nak dapat result! Itu ler pasal.
Jalur merah kedua tak kuar.
28.2.2009 sepatutnya aku period.
Takde jugak simptom-simptom period.
Buat lagi.
Kuar 2 jalur merah.
Gembiranya.
Macam tak percaya pun ada.



Aku tunjuk Encik Suami.
Dia senyum.
Tapi aku masih macam tak percaya.
Ye ke aku pregnant?
So kitorang pakat takmo gitau sesiapa dulu.
Lepas check kat klinik baru nak declare kat semua orang.
Hehehehe.


4.3.2009
Aku dan Encik Suami pergi ke Klinik Healthcare di Choice Supermall.
Memandangkan aku dan Encik Suami nak ke Langkawi.
Suatu perjalanan yang panjang maka Encik Suami risaukan baby di dalam kandungan.
Alhamdulillah, memang sah aku berbadan dua.
Dan aku harus menjaga diri lebih daripada biasa.
Dan semasa di Langkawi memang agak sukar bila cuaca di Langkawi agak panas.
Dan aku mudah pening.


19.3.2009 aku pergi SGH buat ultrasound.
Kebetulan doktor pun memang kenalan Encik Suami.
Makanya bila dah sah, 1 department heboh.
Yang buat scan pun bukan sorang, tapi 3 orang!
Baby pun macam tau-tau jer.
Bila makin ramai yang tengok, baby pun main sembunyi-sembunyi.
Tapi masa ni baby baru 9 mm, baru 7 minggu macam tu.


Alahan?
Next entry...


post signature



7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. terharu kmk baca. jangan tanyak kenak. kmk pun sik tauk kenak, kak ira :)

    ReplyDelete
  2. nang ada ktk eyna... huhuhu :p

    ReplyDelete
  3. mira,
    faham mek perasaan ktk. even dolok, demam sikit mek dah bingong takut bah baby dlm kandungan... take care k, jgn byk lak pk... berehat... pk yg indah2, baby blh imagine sama... :) kmk dolok 6 bulan preggy bok nampak boyot perut, mbak bersabar.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tahniah sis!..huhu.... nang penyeri baby ya klak...huhu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form