Khamis, Jumaat..... cepatlah Sabtu

Adoi. Sakit sungguh mata guna notebook Ayah Iman ni. Tapi nak hilangkan buhsan, Ibu Iman gagahkan jugak mata ni untuk stay online. Takde la teringat si kecik yang jauh di mata. Hmm...

Biasa la kalo meeting semuanya sendiri, bayar bilik sendiri, makan pun sendiri. Dalam bilik pun sendiri sebab tak jumpa pun pegawai pempuan lain yang attend meeting ni. Kalo kursus, asyik, semuanya dipakejkan, tak riso pun bab-bab makan. Menyesal Ibu Iman tak bawak stok makanan dari umah. Malas punya pasal ler ni. Malas nak kuar dari bilik untuk makan.

Tapi dengan tak semena-mena, tetiba perut Ibu Iman terasa lapar ler pulok. Dalam flight tengah hari tadi pun makan sikit jer. Nak tak nak Ibu Iman harus jugak keluar dari bilik untuk mencari bahan santapan. Huhu. Sib baik sebelah Mutiara ni ada Parkson, tak kurang mesti ada KFC. Makanya Ibu Iman pun membetis ke bangunan sebelah. Ala.. tak sampai 5 minit dah sampai dah. Saje jer Ibu Iman masuk dalam Parkson. Entah kenapa kaki terus jer ke baby department. Ku turutkan jugak langkah kaki ku ini. Chewah.. apalagi. Aktiviti sambar-menyambar secara solo la gamaknya. Hasilnya...


Stokin kuning dan pink. Yeay!


Topi kaler krim ada bunga kicik.



Baju blouse, leh pakai dengan jeans untuk jenjalan.


Baju seksi tak tau nak cakap pesen ape.


Dan baju tidur.

Semuanya hanya untuk memenuhkan almari anak Ibu. Hihi.
Semuanya jenama Pigeon. Nak buat koleksi yek?
Semuanya murah. Ibu jumpa yang berlonggok-longgok murah. Hehehe.
Semuanya melekakan. Pilih jangan tak pilih, Ibu selongkar habis tau.
Semuanya sebab Ibu takmo ingat Iman sangat tapi beli semua ni mesti la tetap ingat.

Kenapa Ibu takmo ingat Iman?
Orang cakap kalo diingatkan sangat, dikenangkan sangat nanti yang diingat tu meragam lak.



Takmo tanya lebih-lebih pasal Iman bila call umah tapi mintak MMS gambar jer. Tengok, Iman tido diselimuti baju Ibu. Rindunya nak gomol-gomol Iman. Tak sabarnya nak tunggu malam besok dan pagi lusa. Leh terus ke airport dan terbang jumpa Iman.

Ibu rindu Ayah Iman jugak. Lama sangat dah tak berjauhan camni. Sabar.. sabar..


post signature

2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. oh, ciannya... sabar, kak ira :) i'm sure iman's doing fine :) mesti nya pun sik sabar mok jumpa ibunya :) banyak gik baju ibunya beli pakei nya ya :)

    ReplyDelete
  2. kalu namanye sorang pompuan tak kan lari dari kegiatan shopping walaupun sorang2 kan...bykkan bersabar yea...mana ibu yg tak rindukan anaknye...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form