Macaroni goreng versi Ibu Iman

Kerana ketandusan idea, tak tau nak masak apa malam tadi.
Inilah hasilnya, macaroni goreng versi Ibu Iman.

Macaroni Goreng


Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus macaroni (tak kira bentuk dan rupa - direbus, masuk minyak & sedikit garam)
  • 1 mangkuk daging cincang
  • 5 ketul daging burger (tak kira brand - digoreng dan dicincang)
  • 4 biji telur
  • 1 mangkuk fishball (dipotong 2)
  • 1 biji carrot (dipotong halus)
  • Setengah biji bawang besar (dipotong halus)
  • Sedikit mozarella cheese (diparut)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap masin/manis
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • Lada hitam

Bahan-bahan (ditumbuk/diblend):
  • 7 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Setengah biji bawang besar

Cara-cara membuatnya:
  • Pecahkan telur dan goreng hancur, masukkan lada hitam, asingkan.
  • Tumis bawang besar yang dipotong halus sehingga wangi.
  • Masukkan daging cincang, masukkan sedikit garam, ajinomoto, sos cili, kicap (secukup rasa)
  • Masukkan macaroni yang telah direbus, gaul rata
  • Masukkan daging burger, carrot, fishball dan telur
  • Gaul rata dan angkat untuk dihidangkan
  • Taburkan mozarella cheese sebelum dimakan

Kalau nak modified boleh ajer, sebab yang menu kat atas ni untuk orang yang pantang makan ayam.
Pastu saya gunakan bahan-bahan yang ada dalam fridge jer.


Kalau dah takde idea tu, boleh la cuba malam ni.
Selamat mencuba.


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alaaa kita tak suka macaroni...huhu :(

    ReplyDelete
  2. sy pun x suka dlu.. tp bila dh rasa macaroni goreng.. alamakkk.... heaven la pulok... heheh..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form