Harapan Ramadhan

Sekarang dah setengah tahun 2010.
Hampir 2 tahun kami dah hidup bersama.
Bagi yang dah follow blog ni dari dulu lagi mungkin tahu.
Atau ingat.
Dulu selepas kahwin saya pernah dapat penyakit misteri.
Dan sebenarnya penyakit tu tak pernah pun sembuh sepenuhnya.
Sampai sekarang.

Susah nak cakap.
Dari segi kesihatan dan perubatan.
Saya dulu mengidap Pompholyx
Mereka cakap saya allergik.
Ada yang cakap infection.

Ok, fine.

Kalau alergik, sekarang memang saya jaga makan.
Saya cuma makan ikan dan sayur jer sekarang.

Kalau infection, tapi sampai sekarang tak sembuh?
Banyaknya hama dan bakteria kat umah?

Itu lah saya hanya berserah.
Kekadang saya rasa malas dah nak berubat.
Rasa nak biar jer.
Biar, biar, biar.
Saya dah give up.
Saya dah malas nak makan pil.
Malas nak sapu krim.
Malas semuanya

Harapan Ramadhan.
Saya nak memperbanyakkan amal.
Mudahan penyakit saya disembuhkan.
Buku tu dah lama saya beli.
Tapi tak pernah nak mengamalkannya.

Sebab tu lah kekadang saya sedih mengenangkan nasib sendiri.
Memang saya gembira tapi jauh di sudut hati tak siapa yang tahu.
Betapa tersiksanya saya.
Saya sedih.


4 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. adalah juak dolok.. tp biasalah mun kita x yakin.. x juak bait.. kmk mls gilak nk percayak

    ReplyDelete
  2. ya ampun.... tak baik2 lagi ke? ingat kan dah hilang dah. sabar ekh mc, jangan give up. memang kena jaga makan tuh. insya-Allah, lama-lama nanti dia baik lah tuh.

    ReplyDelete
  3. blom lg la amy... ms pregnant dulu jer ok.. :) thanks

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form