6 bulan berlalu!

Pengajaran pagi ni.
Sebelum nak berS3 tu pastikan semua urusan penting dibereskan dulu.
Huhuhu.

Tadi, tengah syok berS3 tetiba rasa nak 'melabur' tu terlalu mendesak-desak.
Nak brek mengejut, SI tengah mencurah-curah.
Tapi bila desakan terlalu keterlaluan terpaksa jugaklah emergency brake.
Bukan apa sayang nak stop, sebab dah seminggu lebih tak bermanja dengan S3.
Amek kau, bila cuti, S3 pun bercuti jugak.
Gulp!
Sila jangan ikut perangai saya ini yea.
Hehehe.
Sungguh membahayakan bagi ibu-ibu bekerjaya yang bila-bila masa boleh dapat surat travelling.
Huhuhu.

Dan.
Inilah dia hero pujaan Borneo.
Irfan Mustaqim dah 6 bulan!!!!

Hensem tak saya?

Irfan masa timbang 6 bulan, 7.1 kg jer
Tapi alhamdulillah Irfan masih setia dengan SI.
Alhamdulillah.
Saya masih bertahan.
Dia semakin-makin aktif sekarang.
Sangat-sangat suka gelak.
Suka bergurau dengan si kakak.
Bila diagah, gelak macam orang buat lawak super maharahaja punya lawak.
Bila si kakak mula menyanyi lagu yang tune ke Laut Cina Selatan, dia mulalah.
Angguk-angguk kepala, goyang-goyang badan.
Comelllll sangat 2 beradik ni bila bersama.
Comelnya perangai hokey, nanti orang kata masuk lif, tekan sendiri pulak.
Orang tak tegur dia, dia yang sibuk tegur orang.
"Heyyhh!" katanya.
Suara garau pulak tu.
Hihihihi.

Dan Irfan dah mula solid food.
Baru start makan bubur nasi - kosong je.
Ibu belum buat lauk lagi.
Sabar ye, tunggu 7 bulan kita makan heavy.


Dan.
Esok cuti!
Semalam start kerja, hari ni last kerja.
Bestnya.



3 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. alhamdulillah mira.. tahniah kerana masih bertahan.. sekarang hanya perlu teruskan!! waaa.. mmg hensem hero borneo ni..

    ReplyDelete
  2. sihat nampaknya dia. hero pujaan hati mama, betul tak? lea hendak mana satu calon menantu? irfan mustaqim atau erfan adli? hahaaa... atau ersyad asri [bakal keluar-insyaALLAH]. kikiii.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah lea..

    cha, tu kena tanya empunya bdn... bkn tanya mak dia... hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form