Bilakah Kali Terakhir Anda Membaca Suratkhabar?

Ya, soalannya bilakah kali terakhir anda membaca suratkhabar? Pagi tadi? Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? Tak ingat bila. Hahaha

Suratkhabar mungkin dah tak berapa sinonim lagi dah pada zaman sekarang. Kalau tak, takkan Kumpulan Utusan pun boleh tutup. Kesian jugak kan pekerja-pekerja di Utusan tapi nak buat macam mana mungkin pesaingan daripada teknologi internet sekarang yang semuanya boleh diakses di hujung jari sahaja.

So untuk kelas hari ni, Kakmim buat throwback sikit untuk Gen Z yang Kakmim ajar. Kalau sebut jer Gen Z memang dah boleh tau generasi yang bergantung kepada mobile dan data. Mereka ni boleh diibaratkan tak ada duit pun tak apa janji ada wifi. Haaaa... gitu. Agak-agak bilalah kali terakhir diorang pegang neswpaper kan? Hmm..

Bila arahan untuk tugasan dikehendaki mencari artikel, ya apa-apa artikel, semuanya lebih mudah mencari artikel di internet dan print untuk bawak ke kelas. Huh, terlalu cliche lah kan? Nasib baik ada jugaklah seorang yang bawak suratkhabar, so Kakmim suruh diorang sekelas buat paper cutting dari suratkhabar yang kawan diorang bawak. Apalagi Kakmim pun top up lagi dengan suratkhabar lama dari bilik sumber. Bertambahlah koleksi suratkhabar untuk dibaca dan dibuat rumusan. Sebenarnya mereka ni sedang mengaplikasi bagaimana nak menguruskan maklumat. So selain mencari maklumat mereka harus juga membaca dan mentafsir apa yang hendak disampaikan oleh penulis artikel tersebut. Takdelah asyik mengoogle je kerjanya.

Hari ni kerjanya menggunting, membaca dan menaip rumusan daripada artikel yang dibaca

Ya.. baca jangan tak baca

Anda pulak bagaimana? Mesti prefer baca newspaper secara online kan? Kalau Kakmim pun macam tu jugak, kalau ada hantar artikel untuk dipublish di paper barulah beli newspaper, kalau tak, hehehe... memang tak lah nak beli. Macam tu lah kehendak teknologi kot, semuanya nak paperless.


3 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Zaman semakin 'maju', yang lama di tinggalkan begitu saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Even game tradisional pn ada yg xtau.. Hmmm

      Delete
  2. sy masih beli suratkhabar pd hari jumaat n ahad. mmg dah sebati sejak kecil baca paper at least once a week. aura baca paper ni lain drp baca di hp or laptop.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form