Kenapa bekal ibu sikit?

Sedang Ibu mandi. Tok.. tok.. tok.. pintu tandas diketuk. Ibu pun bukalah pintu in case ada urgent nak terkucil ke.

Imran: Ibu, ibu, ni bekal ibu kan?
Ibu: Aah
Imran: Kenapa kecik sangat?
Ibu: Kan sikit jer tinggal tadi, ibu letaklah bekas kecik
Imran: Ooo... (sambil tersengih-sengih)

Jangan tak merasa, 2-3 suap jer pun ni.

Ini ha... si cinonet ni yang Imran kecohkan tu.


Entah kenapa si #anakno3 ni excited sangat tengok tupperware yang kecik cinonet tu. Hihihi. Bila dibandingkan bekas bekal anak² dan bekal si ibu memang jauh beza saiz dan kuantitinya. Hahaha. Itulah pengorbanan seorang ibu di pagi hari ye tuan² dan puan². Hahaha

Pagi² memang masak breakfast untuk mereka bawak bekal dan jugak makan kat umah sebelum ke sekolah. Si ayah pun makan sama. kalau ada balance, adalah bekal untuk ibu. Kalau takde, ibu breakfast kat luar je kat mamak bawah kolej. Tapi kalau Isnin dan Selasa ibu make sure memang kena bawak bekal sebab 2 hari tu ibu kelas jam 8 so kena breakfast ala kadar dulu sebelum masuk kelas, kalau tak, perut kosong bahaya untuk bot-bot kecil. Eh. Hahahaha.

Menu bekal pagi ni mee Lee Fah goreng (ala-ala mee maggi) tapi kalau bawak bekal selalu kawan² #TheIMANs cakap mee sedap tapi sebenarnya bukan. Mee ni mee kering yang dicelur dan ditumis macam buat mee goreng. Tapi biasalah tak letak sayur sebab kalau letak pun berbahaya untuk bot-bot kecil... ahaha... ye lah nanti ibu jugak yang terpaksa buat urusan pemilihan sayur² untuk disingkirkan. Baik toksah letak siap-siap.

Dan menu ni memang diorang suka sebenarnya. Biasalah budak² selalu suka mee sedap tapi ibu kalau dah terpaksa baru bekal mee sedap, lebih suka goreng sendiri je. Sebab tu pagi ni Imran makan bertambah-tambah, si abang memang tiap-tiap hari bertambah makan breakfast. Ibu pun tak tau macam mana selera makan tu boleh ada awal-awal pagi macam ni. 

Er, korang pulak breakfast apa? Menu apa? 😁


2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah...yang penting merasa dan anak anak cukup makanan ke sekolah nanti...

    ReplyDelete
  2. itulah pengorbanan seorang ibu. biarlah dia makan sikit je asalkan anak2nya kenyang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form