Follow Us @soratemplates

04/09/2020

Rindu Nak Jalan-Jalan


Bak kata pepatah dulu-dulu, jauh berjalan luas pengalaman ๐Ÿ˜Š bijak kan orang tua dulu²? Buat pepatah pun dah sama standard dengan pakar psikologi.

Sejak pandemik Covid-19 ni pergerakan kita agak terbatas, nak bawak anak² jalan² pun susah. Nak naik flight apatah lagi, memang takkkklah untuk tahun ni.

Si #anakno3 dan #anakno4 pun selalu bagi hint, rindu naik belon lah, rindu rumah pangsapurilah ๐Ÿคฃ rumah pangsapuri tu apartment kat Putrajaya. Macam²lah diorang ni.

Sekarang ni nak ke shopping mall pun masih takut² ๐Ÿ™Š bawak memang bawak tapi takdelah selalu. Walaupun dah takde kes, tapi masih kena #kitajagakita ๐Ÿ˜

Korang ada plan nak bercuti ke mana-mana ke tu? ๐Ÿ™Š antara yang selalu #theIMANs ulang² cerita sesama diorang, pegi kat sini laa ๐Ÿ˜…

Time main kat Times Square ni la paling berbaloi rasanya.. Dari pagi sampai ke malam di situ jer. Setiap game repeat 2x punyalah diorang takmo balik ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ rindu nak jalan² cuti Malaysia lagi.

Pergi Kidzania juga antara pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi #theIMANs ๐Ÿ˜

Mandi-manda di PD dan bagi makan penyu ๐Ÿ˜Š best jugak ๐Ÿ˜…

Aquaria pun 2x jugak lalu terowong ikan tu ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Siapa cakap Malaysia tak best? Banyak jer tempat² menarik nak bawak anak² jalan² even kat Sarawak ni pun tak abis jalan lagi ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Lama dah tak jalan² Jambatan Darul Hana tengok musical fountain menghadap bangunan DUN Sarawak

Hmm... Rindunya nak jalan² #familybonding bersama #theIMANs ni ๐Ÿ˜…














No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥