Follow Us @soratemplates

08/10/2020

Kita Hanya Mampu Merancang

Oktober ni birthday Encik Suami dan birthday si sulung. Si ayah 22hb dan si kakak pulak 30hb. So plannya nak staycation lagi hujung bulan ni. Kiranya nak celebrate luar dari umah la tu.

Tapi....

Situasi Covid-19 yang semakin mencanak jer setiap hari ni macam seram pulak nak staycation bagai. Memang di Kuching sekarang ni masih terkawal tapi masih jugak takut ada makhluk-makhluk yang takde rasa tangggungjawab tu berkeliaran di luar sana setelah balik dari SM ke Sabah ke. Zon merah tu, takutnya!



The Waterfront Hotel. Dah lama #theimans nak staycation kat hotel ni. Senang je kalau staycation kat sini, shopping mall Plaza Merdeka kat bawah jer. Semua dah ada kat situ. Turun lif je tak perlu keluar dari bangunan tu. Tu yang diorang nak tu. Tapi bukan rezeki kami kali ni walaupun dah awal dah booking di Agoda. Sekarang kalau saya booking di Agoda selalu ambik yang ada free cancellation. Tapi kenalah awal sebelum date kita nak check in tu. Agoda faham jugak la kot situasi kita sekarang ni. Nak rentas daerah pun kekadang tetiba je arahan kata tak dibenarkan, so terpaksalah kita akur kan?

Takpe, bulan 12 nanti bulan anniversary Ayah dan Ibu. Dah booking jugak dah untuk staycation. Harap-harap tak cancel jugak lah nanti.

Tapi.. kita hanya merancang kan?

Macam hari ni, sepatutnya nak keluar jumpa supplier guna kenderaan jabatan, malas la weh nak drive, tapi ada member tu EL pulak. Nampak gaya kena drive sendiri la tu. Kalau malas deal supplier lain suh datang opis je, boleh jugak kan? Kah kah kah.

Dipendekkan cerita, bulan ni sepatutnya ada 2x staycation, terpaksa ditunda!! Staycation hujung bulan Oktober 2020 officially cancelled!!!! 😆

Apalahai nasib kita tahun 2020 ni. 


2 comments:

  1. nanti bila dah reda covid 19 ni boleh la staycation lagi. cuma kena sabar la.

    ReplyDelete
  2. Itulah cikgu... semalam pun dah ada kluster baru kt kuching ni.. kalau dah ada kluster ni mmg dah kena berjaga-jaga dah

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥