Follow Us @soratemplates

07/10/2020

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Semalam semasa dalam perjalanan ke opis, kool.fm mainkan lagu dari Flybaits ni, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta. Terus teringat video karaoke farewell Encik Suami dan housemate dia masa di Putrajaya dulu. 


Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits

Seketika itu
Sepi mencuit hati
hanya suara hujan seakan menyanyi
mendendangkan lagu syahdu
seketikaku terpegun merenung jauh
gambarmu sayangku

Terkikan rasa bila kata-katamu kau ucapkan padaku
Dan kau membuatku terpaku
Bersama-sama suratmu
setelah kubaca kini
seolah kuberada dalam mimpi

( korus )
Titisan demi titisan
air mataku Jatuh berlinangan
ku genggam gambarmu
dalam pelukan mesra
tak mungkin dapatku melupakan mu
sayang
di dalam dunia ini
Tak mungkin dapatku cari pengganti
Dirimu

oh.. mengapakah
perpisahan yang kau pinta (dariku)
janganlah kau lupa
satu ketika dulu
kita pernah bersama
berjanji dan bercinta
tapi kini kau mungkiri
segala janjimu dulu
Dimana terletak kejujuranmu

Masa tu Encik Suami karaoke lagu ni. Sedih wei. Masa tu ada 2 orang housemate yang dapat transfer. Tengok video yang diupload housemate dia kat FB time tu macam semua kena nyanyi. Lagu udah ler sedih, feeling lagi nak pindah tu. Dah takde geng lepak, geng makan. Diorang kat umah tu dah macam adik-beradik pulak bondingnya. Abang longnya for sure lah Encik Suami, sebab dia yang paling senior. Yang lain tu muda lagi, ada yang bujang lagi, ada yang baru kawen. Semua respect kat Encik Suami, apa-apa nak buat semua kena refer Abe dulu. Bagus budak-budak tu.

Semua muda trang tang tang cuma sorang je rambut dah takde.. haha.. gambar ni sis cilok dari fb Encik Suami.. kah kah

2 orang yang berpindah ke wilayah asal, cuma yang baju merah tu wilayah asal isteri... setahun sudah berlalu.. hmm

Syukur sangat Encik Suami dapat pindah balik ke Kuching hujung tahun lepas. Kalau tak, entah macam manalah masa PKP hari tu. Kompomlah tak boleh nak balik ke sini, entah-entah hari raya pun tak balik jugak. Dah la keja kat hospital, nak WFH guana, memang sah dah kena keja hari-hari masa PKP. Apapun rezeki sangatlah tahun 2019 tu. 

Tahun 2020? Rezeki jugak kan.. ada mora 😆 tapi... hutang extend lagiiiiii 6 bulan!! Yeehaaa!!






2 comments:

  1. bersyukur je suami dpt balik kampong kuching kann., ;p

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥