Pen Tablet Huion

Sempena musim pandemik ni dan semua PDP pun kena online kan, Kakmim try pen tablet Huion ni. Terjebak jugak la bila tengok member-member di FB update pasal ni. So, Kakmim try yang saiz medium jer, macam dalam gambar bawah ni.


Sampai jer semalam terus test kat handphone Iman. Pen tablet ni tak geng dengan ios tapi mac boleh pulak kalau nak install ke situ. Malamnya baru test guna kat pc, terus test guna kat Jamboard masa berGoogle Meet. Google Meet dengan husband jer pun, sorang kat bawah, sorang kat atas, semata-mata nak try 'toy' baru ni. Hihihi.

Iman pun excited jugak bila tengok pen tab ni, dia kata dia nak main lukis-lukis. Haa... nantilah ye nak, maknya pun tak mahir lagi ni. Masih terkial-kial jugak main dengan 'toy' ni.

Kakmim beli pen tab ni dari Kajang jer, minggu lepas beli, semalam sampai, kira cepat jugak la memandangkan kita PKPB ni. Apa yang ada dalam set ni? 

Of courselah mesti ada pen. Pen ni tak perlu charge. Mata pen pun ada, selain tu mestilah kabel. Kabel OTG pun ada jugak sekali dengan glove. Harga kurang RM200. Okay la as a beginner ni. 

Sebelum kelas Maths besok, kita try dulu tadi. Syok jugak, baru sedap mengajar online sambil conteng-conteng. Boleh discuss terus jawapan sambil conteng di bawah soalan secara live gitu.

Sesiapa yang teringin nak cuba tu, bolehlah search Huion HS64 Drawing Tablet kat store atas ni di Shopee. Saiz ada besar ada kecik. Kalau kecik tak sampai RM100 kot harganya.

Saiz yang Kakmim beli ni besar sikit daripada saiz A5 tapi tak sampai pun saiz A4. Just nicelah, kata beginner kan? Hihihi












9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. duk terfikir2 ni, nak beli ke tak nak beli ke tak haha..

    Oh ya kak mim, boleh emelkan alamat ke syaznirahim@gmail.com, ada nak kirim sesuatu :)

    ReplyDelete
  2. Beli lah utk self reward kenangan zaman pdp covid 19 ni... hehehe.. hihi

    Wah.. kirim apa tu? orait syaz.. tq

    ReplyDelete
  3. atie tgk kwan punya posting cantik,tapi tak pernah tanya..rupanya dia pakai pen table ni la...

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba ni. Uncle punya dah lama sangat. Dah bercalar dah. brand wacom.

    ReplyDelete
  5. lama nak teringin nak beli..asyik tertangguh jer..bila tengok ni rasa tercabar nak beli pulak..hehee

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ni.. so setakat ni senang tak pakainya? Kalau untuk melukis ke boleh ke tu?

    ReplyDelete
  7. ala, kenapa tak friendly ios. baru nak tergoda terpaksa cancel. cantik pun cantik pen tu.

    ReplyDelete
  8. Fizah: biasalah ios memang mcm tu.. jarang nak friendly.. hihi... tp dgn mac boleh jer.. kalau fizah terer melukis boleh try 1 ambik yg besar sikit br puas

    Cik TK: nak melukis boleh tp kakmim x reti.. setakat utk mengajar tu kakmim boleh dah.. hihi

    Atie: ye ke? Blog apa tu? Nk tgk jugak

    Fuzie: boleh la try fuzie.. ambik brand veikk ok gak direct dr china

    Uncle: uncle ambik brand veikk besar sikit screen nya dan murah uncle.. cer usha shopee 😀

    ReplyDelete
  9. ada tablet mudah keje nak menulis, melukis.. Kami ni ada phone je dah cukup..anak2 xde, so kalau tak mungkin membeli jugak benda alah ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form