Roti Mok & Bingka Paloh: Menu Minum Petang di Kedai Roti Mok

Memang semenjak 2 menjak badan dah 'sihat' ni Kakmim jarang makan tengah hari di ofis tapi dengan syarat breakfast tak boleh skip. Selalunya breakfast Kakmim bawak bekal dari umah, of courselah heavy breakfast. Kah! Kah! Kalau tak bawak bekal barulah Kakmim order laksa Sarawak, mee kolok atau kuey tiaw sup. Kalau stall tu tak bukak, maggi pecah telor jer lah jawabnya. 


Mungkin sebab selalu sangat nampak kami ada jer depan pc time lunch, sorang senior ni tegur Kakmim dan member. 


"Korang dah lunch ke belum? Kenapa tak keluar?"


Member sorang ni pun jarang lunch jugak sebab timing kami breakfast sama, so tak berapa nak lapar.


Bila ditegur macam tu, lucu lah pulak. Aiseymen, tak keluar time lunch pun ada masalah ke. Haha! Terus member ajak Kakmim keluar.


"Nak pegi sine? Sik lapar gilak tok."
Dibaca: Nak pergi mana? Tak lapar sangat ni.
Member pun selamba jawab, "Keluar ajaklah. Hahaha!"


Maka kami pun keluarlah. Cari makan yang light-light jer. Ala-ala minum petang gitu walaupun timing masih untuk makan tengah hari!


Kami decide ke Roti Mok di Metrocity. Signature kat situ semestinya roti mok dan bingka paloh. (Bingka: sejenis kuih bakar)


Dah alang-alang ke situ takkan nak makan 1 slice bingka je kan? So Kakmim order jugak set Roti Mok. Roti Mok ni ialah roti Arab sebenarnya yang dihidangkan bersama semangkuk kari ayam dan juga papadom. Set single ni RM4.50 je.

Set Single - Roti Mok


bingka paloh
Tetiba Kakmim terasa nak makan bingka nestum pulak. So yang coklat tu bingka nestum, bingka paloh pulak yang hijau, member Kakmim punya. Kakmim lebih suka bingka paloh, rasa just nice, manis sedang-sedang dan lemak-lemak jer rasanya. Harga 1 slice RM1.60.



Ni pulak Set Roti Anjang pilihan member Kakmim. Roti bakar yang disapu kaya & peanut butter, ada jugak kaya & butter dan kaya & slice cheese. Rasa? Kakmim tak tanya pulak member Kakmim.



So far 2 kali dah Kakmim dan member lepak kat sini kalau rasa tak lapar sangat masa lunch. Ala carte lain pun ada jugak tapi tak pernah rasa. Set Roti Mok tu pun dah cukup kenyang dah. Karinya pun sedap!! Takde idea pulak diorang guna kari jenama apa. Haha! Busybody pulak kan nak tanya pakai kari jenama apa. 


Kedai Roti Mok ni sebenarnya kedai milik usahawan kek lapis yang agak tersohor di Sarawak iaitu, Mira Kek Lapis. Tema korporat kedai Mira ni memang merah putih. Setakat ni Mira Kek Lapis dah ada beberapa cawangan di Kuching. Di KL pun dah ada jugak, kalau tak silap di Keramat.


Kalau di Metrocity, Kedai Roti Mok ni bersebelahan Warung Nusantara yang beralamat di:

1st Floor, Metrocity Height, 
Lorong Metrocity Height, 
1A9, Q309, 93050 Kuching.


Kedainya selesa sangat kalau ada business meeting ke, santai-santai ke. Nak makan berat tak confident pulak recommend sebab sendiri pun tak pernah rasa lagi sedap ke idok. Tapi setakat nak lepak minum petang sambil menjamu bingka atau set linut, boleh lah ke sini.


Kedai Roti Mok milik Mira Cake House yang bertemakan merah & putih.



11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kadang2 time x lapar sngt tpi nak makan tu kena cari makanan yang ringan2 je kan.. nampak menarik yang roti bakar sapu tu..

    ReplyDelete
  2. dana pun kalau rehat tak keluar ke mana kalau aiyan tak sekolah ni kak... selalu beli siap-siap menu atau bawak bekal...
    mcm sedap je nengok set roti dan kari tuh...

    mira cake house tu ada 1 cawangan dekat sini, geram kalau masuk kedainya

    ReplyDelete
  3. duhal..mira cake house mpun lah ek kedei roti mok tok...

    ReplyDelete
  4. klu dah craving sesuatu tu, mmg tak boleh nak buat apa kan, kena juga makan.. then kakmin buat atie craving bingka pula ni... dekat penang panggil tu bengkang heheh

    ReplyDelete
  5. Makin maju Mira Cakehouse tok. Dolok meli kek di umahnya jak kat desa ilmu. Sampeilah nya berkedei. Kacak eh kedey Roti Mok tok, masuk list mun ke Kuching. Makseh share ohh. Hehe!

    ReplyDelete
  6. Mrs. A fikir roti Mok tu singkatan dari perkataan gemok kot hehehee...
    Bingka paloh tu nampak sedap

    ReplyDelete
  7. Murahnya kak set singe roti mok tu. besar betul. Kenyang makan sampai ke petang tu. First time tengok Roti Anjang tu.

    ReplyDelete
  8. kamek belum ada kesempatan lagik untuk makan di kedei Mok..

    mun ikutmya dekat gilak dengan ofis kamek orang sia hehehe.

    moga saya ada kekuatan untuk singgah makan di kedai Mok kelak

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap set roti mok. Uniknya roti anjang tu, kaya campur peanut butter.

    ReplyDelete
  10. best jugak kalau tea time or light lunch macam ni. roti bakar tu nampak sedap. gambar air tak amik ke kakmim?

    ReplyDelete
  11. Kalau singgah malam2 ada live band lagi. Best ada hiburan sambil makan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form