Stok Kari Cap O Percuma

Assalamualaikum! Salam hari Khamis. Walaupun baru semalam masuk ofis terasa lambat benar minggu ni berlalu. Macam tak sabar pulak nak berhujung minggu. Mungkin penat kot banyak yang nak dikejar dan diselesaikan.



 

Pagi ni masuk ofis tengok ada sesuatu atas meja. Eh, eh, ada kari cap O. Ni mesti member sorang ni yang bagi. Alhamdulillah, rezeki peminat kari. Kat umah pun masih ada lagi stok, ni dah tambah lagi. Alhamdulillah.


Sebenarnya Kakmim baru jugak terjebak dengan kari cap O ni. Rata-rata member di utagha yang suggest try kari ni so ada member yang balik kampung Kakmim sajalah pesan nak try. Suka sangat, warna kari sangat mengancam. Tapi selalunya Kakmim akan campur jugak kari brand lain. Kakmim suka campur kari Babas & Adabi. Pernah try guna kari cap O ni saja, memang pedas dan warnanya merah menyala. I like!


Baca juga: First Time Masak Kari Guna Kari Cap O


Agak-agak malam ni bolehlah menu kari kot. Kari tanpa santan pun sedap. Letak bawang besar banyak-banyak dengan kentang potong dadu. Padu jugak. Kah! Kah!


9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Salam Khamis kakmim. Kami di KL cuti Thaipusam hari ni. Hihi. Selamat bekerja ye

    ReplyDelete
  2. Hari ni tak cuti ke kakmim? Tak pernah nampak pulak pek kari cap O ni. Mungkin bukan peminat kari, jadi dia macam kurang ambil tahu. Tapi serbuk kari ada lah kat rumah. Guna babas tu jugak :)

    ReplyDelete
  3. kat rumah pun mama guna babas dan adabi jer.. tak pernah nmpk kari cap O ni pun

    ReplyDelete
  4. Wahhh..
    Jauh bertamu rempah kari cap O tu.. Dulu-dulu zaman kanak-kanal packaging rempah cap O sempi warna kuning. Tulisan dia merah & logo "0" ditengah2. Harga pun masa tu sekupang sahaja (10 sen) Rwmpah lejen ni...muslim product

    ReplyDelete
  5. kat rumah memang dari dulu guna rempah o ni. owner dia pun orang kampung saya..hehe

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba lagi rempah cap O ni. Nanti boleh try :)

    ReplyDelete
  7. Terasa manisnya kuah kari kalau bubuh bawang banyak-banyak. Sedap!

    ReplyDelete
  8. Mesti sedap, rempah kari dari utara. Saya pun biasa guna babas.

    ReplyDelete
  9. Tok ada jual di supermarket biasa sik? Sik pernah try agik. Selalu pakei kari Babas alagapas jak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form