Follow Us @soratemplates

10/08/2020

First Time Masak Kari Guna Kari Cap O

Hoyeah!! Semalam masak karing daging korban. First time guna kari cap O. Istimewa sangat ke kari cap O ni? Haa..sebab itulah nak kena try. Kata peminat kari kan?

Gambar ihsan Google jer. Takde ambik gambar. Tapi glamer jugak nampaknya kari cap O ni ye

Alkisahnya hari tu pernah tanya kawan² di FB, diorang masak kari guna kari jenama apa. Tu lah kawan² dari Semenanjung especially yang stay di utara kata diorang guna kari cap O sebab memang sedap. Kebetulan hari tu ada kawan balik raya haji ke Kedah so saya pun pesanlah kat dia, kari ayam dan kari ikan.

Selalunya saya kalau masak kari memang akan campur kari at least 2 jenama. Sebelum ni saya campur kari Adabi & Babas. Tapi semalam Babas + Cap O. Kejadiannya memang menyerlahlah dengan kaler yang sangat menyelerakan. Bak kata adik² macam kari yang orang masak masa kenduri kawen. Tapi peminat kari memang sukalah kari macam tu kot. Hehehe.

Ni baru dimasukkan santan. Kaler best kan?

Korang pulak suka guna kari jenama apa ye kalau masak kari? Lepas habis stok kari cap O ni kena beli kat Shoppee lah pulak kot. Ke ada yang jadi supplier Kakmim untuk jual di Sarawak ni? Hehehehe.




 

No comments:

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥