Follow Us @soratemplates

09/02/2021

BDR di Ofis Sambil Berwebinar

Hari ini saya fleksi. BDR & berada di ofis. Tapi laporan BDR tetap dibuat ya. Siapa kata BDR rilek-rilek saja? Tidaknya. Belum lagi nak setelkan kerja-kerja rumahtangga. 


Walaupun BDR saya perlu selesaikan urusan permit student nak balik ke hometown. Kebetulan jiran depan rumah saya bertugas di balai polis berdekatan so saya mintak bantuan dia untuk permit dari polis. Hari ni dah janji dengan student dah pass kat diorang so terpaksa pergi ofis jugak. Bila dah ada di ofis maka layanlah webinar sesambil uruskan kerja-kerja offline. Bila webinar ni nak kena fokus webinar jer tau tak boleh nak buka program lain di pc. Kalau bukak buat kerja lain program dah detect kita aktif di program lain dan kebarangkalian untuk tak dapat sijil kehadiran tu akan rendah jika masa keberadaan kita depan pc tu kurang 50 minit. So kita buat kerja yang tak perlu menggunakan pc jer lah jawabnya. Dan syukur selesai jugak hari ni.


Hari ni saya payung gambar je lah ye.






Tengah fokus tiba-tiba senior bagi limau mandarin ni.


Jam 2 petang saya balik dan sambung lagi webinar di rumah untuk slot sebelah petangnya.



Balik dari ofis tak lunch lagi, on je speaker pada pc goreng nasik di dapur. Ayam goreng dah memang sedia ada Encik Suami belikan untuk #theIMANs lunch tadi. Menyempat masak nasik goreng sayur cangkuk manis. Sejenis menu chinese style. Tiba-tiba teringat nasi goreng ni bila beli sayur cangkuk manis balik dari ofis tadi.

Apalagi kita makan la depan pc, camera memang off. Azan Asar berkumandang saya baru nak lunch. 


Dalam bulan ni memang saya agak sibuk sikit. Maaf ye bagi tak sempat nak BW. Hari tu sempat BW beberapa blog kawan-kawan je. Tak semua menyempat. Sekarang ada masalah nak tinggal komen di henpon tu la yang senyap seribu bahasa. Kena guna pc jugak baru dapat tinggal komen.


Apapun.. perjuangan kita harus diteruskan kan? Jangan lupa terus amalkan SOP bila berada di luar dan #kitajagakita ya!


25 comments:

  1. Hari ini Kak Amie bertugas di tempat kerja. Sama pula kita, dapat limau mandarin dua biji. Hari ini Kak Amie rasa letih sangat.Tapi perjuangan memang perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  2. OK kita fokus kat mandarn awak je ni...
    Aloo mana nak cari ni? hahaha..
    Dah lama gila tak kluar rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba search kt fb manatau ada org cod 😂😂

      Delete
  3. Rumah kita banyak limau memgalahkan orang nak raya, hihi.samalah Kita, bulan ni sibuk sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiksss.. byk ye kak meh pos sikit kt sini.. haha

      Delete
  4. Uish terkejar-kejar ye. Kejap bdr, kejap bdo memang memenatkan. Take care kakmim. Jangan sampai tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ok lg sal.. dnt worry... as long as kita enjoy keja kita sal 🤭🤭🤭

      Delete
  5. Assalamualaikum kakmim. Saya faham tu keadaan bekerja dgn students. SAya pun bekerja di IPTA, skrg ni prepare fizikal mental, student dibenarkan masuk belajar di kampus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam SS.. risau nnt bln 3 student msk byk nk kena ready.. utk pusat pengasingan lg nnt.. semoga dipermudahkan semua nnt

      Delete
  6. Banyak webinar ye dalam satu hari. Bila ada hari yang sibuk memang tak sempat nak blogwalking. Sedapnya kakmim nasi goreng sayur cangkuk manis. Sayur pucuk manis kan maksud dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. dr pg smpai ptg.. tp kita boleh pilih slot mana yg kita nk register

      Xtau lah kt melaya pgl apa.. kami sini cangkuk manis.. pucuk manis tu cmne ye?

      Delete
    2. saya dah google, sama cangkuk manis dan pucuk manis tu :)

      Delete
    3. Oh.. sedap tu cmpur nasik goreng.. 1 lg chinese suka jugak meehoon goreng cangkus manis.. telor hancur byk.. sedapppp

      Delete
  7. seronok tgk org WFH sbb atie mmg kena always masuk site

    ReplyDelete
  8. Hihihi... Mostly pun akan berwebinar sambil buat kerja lain, termasuklah juga saya.. Hihihi.. Tapi telinga pasang jugak.. Kira sambil menyelam sambil minum air la.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. kira produktif jgklah keja umh jln keja opis pn jalan

      Delete
  9. ohh mun pakei webinar ada rules kedak ya rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jbtn kmk org tentukan gia.. sidak xmok org ngakal register jak tp sbnrnya polah keja lain

      Delete
  10. itulah cabaran keje zmn covid ni kan? kdg2 smpi terkejar2 nk settle kn satu perkara. sy penah sy x igt nk mkn sbb semua keje nk urgent. tau2 mcm ni laa asar br igt nk mkn...

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥