Follow Us @soratemplates

03/06/2021

Laksa Sarawak By My Sister


Malam 31 Mei 2021 hari tu adik #no3 hantar mesej dalam Whatsapp Group adik beradik remind jangan puasa pada 1 Jun 2021. Dia kata dia nak buat laksa Sarawak sempena GawaiRaya. Hahaha! Al-maklumlah 1-2 Jun kaum Dayak di sini meyambut hari Gawai. Malam tu pun memang meriah jugaklah mercun dan bunga api kat taman kitorang. Kat sini semua perayaan pun orang tembak bunga api. 

Jemput tengok video dari my sister. Adik-adik saya ni memang suka buat video, buat Tiktok lah. 
Akaknya nan hado. Pemalas. Hahahaha



Inilah dia presentation laksa Sarawak.

Kuah laksa Sarawak ni bukan diperbuat daripada ikan, kuahnya lebih kepada rempah-rempah dan santan. Kalau nak mudah memang ada dijual pes laksa Sarawak. Yang selalu orang beli bawak balik ke Semenanjung tu ialah pes laksa Hj Manan. Dekat Shopee pun ada jer orang jual.

Gambar kami adik-beradik hari raya hari tu. Adik pembuat laksa yang no 1 dari kiri. Hihi


Lepas setel masak, sendiri pulak delivery kat umah kakak-kakaknya. Hihihi.
Apa saja demi kakak-kakak kan?
Itulah bonding adik-beradik. Syukur alhamdulillah.


Budak-budak rumah ni cukuplah meehoon dan kuah je. Ayam takmo, telur takmo. Tapi kuah tu licin diorang hirup. 











 

16 comments:

  1. Wah,pi Johor pun ada laksa Sarawak..Mai Saqawaq pun ada laksa...Telan ayaq lioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia penangan pkp.. mcm2 menu keluar dh ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. Wah, dia buat rempah sendiri ke? Nampak sedap giler.. eh.. tak baik cakap giler, hehe.

    Duluuuuu, masa pes Hj Manan bungkusan lama, ada rasa macam jamu2 sikit, tapi yg baru sy beli ni, dah tak ada rasa jamu, sedap.. tapi mesti tak seasli masakan orang Sarawak, kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X la kak.. guna pes jugak.. hj manan dan cap burung tu.. 1 je beza org swak jarang guna limau nipis.. mmg guna limau kasturi.. hehe

      Delete
  3. Sedapnya laksa sarawak..lagi satu SA suka makan Mee Kolok Hj Salleh...pernah buat kerja giler, tghari Jumaat naik flight pi Sarawak, esok pagi sabtu sarapan mee kolok Hj Salleh pas tu tgahri pun makan situ..then pagi ahad sarapan lagi situ...petang ahad balik...giler tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. penah jgk dibuat tu kak.. pegi kl weekend je pastu mkn & shopping je keja.. ahad mlm balik ๐Ÿ˜‚ kalau dh x covid pegi lah buat keja giler lg kak leh kita blind date ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  4. penah skali mkn laksa serawak masa bujang dulu
    masa tu kakak rakan serumah org Sarawak tinggal di kl buat openhouse

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan laksa Sarawak. Saya suka rasa kuahnya yang unik.

    ReplyDelete
  6. Manis-manis belaka wajah dalam gambar tu.
    Biasanya saya makan LS di Secret Recipe. Tak tahulah sama ke tidak rasa LS sebenar.

    ReplyDelete
  7. Untung dapat makan. Teringin nak tahu macam mana rasa laksa Sarawak ni.

    ReplyDelete
  8. Ya.. Laksa Sarawak memang lain. Saya hanya makan laksa Sarawak tidak laksa Johor dan laksa Utara.

    ReplyDelete
  9. Aduh.. sedap mengancam rupanya.. Sha belum pernah cuba lagi makan laksa sarawak..

    ReplyDelete
  10. Kena cari ni kat food panda. Tapi takut tak sama dengan air tangan miak Sarawak.

    ReplyDelete
  11. Untung sangat adik beradik dekat. Boleh masak masak dan delivery terus. Tak pernah lagi makan laksa sarawak.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥