Sidang Media Khas Pengoperasian Sekolah


Tak sabar tunggu pukul 10 pagi ni. Apa agaknya yang Dr Radzi Judin ni nak sampaikan? Sekolah nak bukak dah ke? Hmm..

Risau jugak sekolah bukak. Kluster kilang tak habis-habis lagi ni. Kes masih banyak. Kalau dibuat analisis statistik harian kes baharu majoriti dari kontak rapat dari kluster Muara Tabuan, kalau di Kuching ni la. Hari tu 100 lebih pekerja positif. Kontak rapat pulak dah berapa? Paling minimum 200, tapi takkan sorang ada sorang kontak rapat je kan? Risau.. memang risau.

Lepas pukul 10 pagi nanti kita tengok apa kata netizen? Hahaha! Terhibur jugak kalau baca komen-komen netizen ni. 

Sempena sidang media khas dari KPM ni saya buat menu wajib untuk #theIMANs bawak bekal ke sekolah. Lama dah tak sekolah, lama jugaklah dah tak menggoreng mee ni. Mee ni memang menu legend keluarga kami sebab dari sekolah lagi mak selalu buat mee goreng Lee Fah ni untuk saya dan adik-adik ke sekolah. Sekarang menurun ke #theIMANs pulak.

Mee ni ada orang panggil mee pok, kalau saya panggil mee Lee Fah je. Lee Fah tu nama jenama mee tu je. Nama di bungkusannya flat type dried noodle. Haha! Tak taulah nama sebenarnya apa.

Ini haa mee nya. Tak taulah ada jual kat Melaya sana ke tak?


 Nota kakmim: Tak ready lagi nak lepaskan anak-anak ke sekolah

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Macam pengumuman result SPM.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni menghitung hari jugak kak.. kalau kami yg dlm kategori pendidikan lepasan spm ni mmg peak hour lah pertengahan thn mcm ni 😅😅

      Delete
  2. Sama Jak menu kita. Arum bulak mun bebeli barang dapur adalah juak Mee Lee fah Tok nyelit. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok wajib ada.. ada gik sigek yg mcm megi ya brand lee fah juak.. pasya meehoon.. nang wajib ada pakei diselang seli bekal ke sekolah dgn nasik goreng 😅😅

      Delete
  3. tgk bekal tu, ray yang lapar

    ReplyDelete
  4. Dr. Radzi ni memang sangat official. Suka tengok bila dia present.

    ReplyDelete
  5. katanya..PDPR bersambung hingga julai..
    SPM 2020 result keluar 10 Jun
    SPM 2021 akan exam pada februari 2022..

    huhuhuu..susahnyee ^^

    ReplyDelete
  6. Semoga ada hikmah & rahmat untuk semua yang terlibat PDPR

    ReplyDelete
  7. PDPR sampai Julai nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan mak mak.
    Sedap mee ni. ada jual juga kat semenanjung ni tapi lupa dah sebelum ni beli brand apa.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form