Apakah Hoarding Disorder?

 


Malam ni dah takde keja kan saya bukak kotak khazanah bercinta dulu-dulu sebab nak tunjuk semua tiket wayang masa kitorang dating dulu kat Ayah IMAN! Hahaha! Gelak je kami laki bini sambil susun-susun tiket ni. Tak sangka masih okay lagi kondisi tiket-tiket ni. Ada yang Star Cineplex tu, dah tak wujud lagi dah di Kuching ni sejak GSC dan TGV masuk ke Sarawak.


Resit-resit masa shopping barang tunang dan kahwin pun masih tersimpan rapi. Sentimental value lah sangat tapi sebenarnya ini sejenis penyakit kan? Huhuhu.


Tapi, jangan risau, saya belum tahap disorder lagi. Makanan tak habis saya buang (jangan kecam saya membazir pulak). Baju-baju pun saya bagi orang kalau dah tak pakai. Baju yang dah tak elok saya buang. Botol-botol saya buang. Tupperware yang banyak jadi koleksi pun saya gunapakai semua dah, yang cantik-cantik je simpan untuk special occasion. 


Tapi, tabiat menyimpan yang kecik-kecik ni masih lagi. Even gambar-gambar dalam henfon pun sayang nak delete padahal dah save ke cloud pun. Takpe, saya cuba beribah sikit-sikit.


Jom tengok apakah Hoarding Disorder ni. Ni saya copy dari FB Aiman Psikologi. Baca tau!


HOARDING DISORDER - PENYAKIT MENYIMPAN BARANG


Ini antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.


Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.


Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.


Yang lebih menyukarkan lagi rawatan ialah, kerana penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah satu perkara normal.


Rawatan untuk keadaan mental menjadi pulih, salah satu faktor kritikal ialah penghidapnya mahu diubati. Namun bagi penghidap Hoarding Disorder ini, mereka berada kesukaran di peringkat ini.


Kondisi awal mereka bermula sebagai:


1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan


2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.


3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.


Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.


Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, "Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna."


ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA.


"Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti."


Punca Hoarding Disorder boleh terjadi?

Tidak diketahui, masih misteri. Kemungkinan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasan.


Bagaimana untuk mengatasi nya?

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah. 


Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.


Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.


Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.


Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertainya 🙂


Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.


Kredit to: Aiman Amri, #PengkajiMindaManusia

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Serious lah kakmim masih simpan lagi tu. tengok dari kondisi memang elok lagi. Sebab kita simpan elok. Dulu ada juga hoarding disorder. Mungkin sebab suka meyimpan. tapi simpan apa yang kita suka da minat je lah. Dah lama lama rasa tak ada keperluan dan value, kita lupuskan terus. Mana yang sayang tu ada sentimental value simpan lagi. Tak tahu lah ek, misteri sungguh hoarding disorder ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah fiza.. husb pn terkejut tgk.. siap tanya di mana kakmim simpan 😂😂😂 ala.. fail2 dokumen penting kn ada

      Delete
  2. Saya dulu Milo Colector.. Pelbagai barangan Milo saya simpan untuk koleksi.. Tapi sekarang saya dah rasa semak pulak.. Perlahan-lahan saya lepaskan koleksi saya.. Saya buat jualan amal, duit tu saya beri pada yang memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada kumpul gelas mcd edisi world cup 😂😂 masih lg simpan.. dlu selalu jugak join freemarket tp bg baju dan tudung2 je la.. skrg x boleh dh nk freemarket bagai sbb covid ni

      Delete
  3. Abe kie cuma mampu kumpul stem je.

    ReplyDelete
  4. Kakmim..... serius bau tahu ni peyakit :') Ain sangat ada masalah nak buang barang ni, last2 simpan banyak2 semak bilik pun stress juga, nak buang sayang laahhh dilema nauu. Tapi betul lah tu benda2 yang ada sentimental value tu mesti lah nak simpan hehe

    #Staysafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sejenis penyakit mental.. boleh jd serius kalau dilayankan sgt.. dh boleh sisihkan mana yg x perlu dh ain.. kita belajar move on

      Delete
  5. Wah! Simpan lagi?

    Jual kat eBay laku tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan? Nk simpan lg lamalah kalo cmni 😂😂

      Delete
  6. hahahha jgn ckp MIM, kak ret pun dl mmg penyimpan mohor besar tiket bas, tiket wayang, resit makan hahaha semua nya nak disimpan.
    Sampai satu tahap kena pindah, wassalam semua mende2 tu.
    Bila pikir balik, kelakar plak, byk2 mende, mende camtu yg dismpan nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak keperluan simpan resit2 mcm resit hotel.. tiket flight.. tiket komuter/erl.. nnt nk buat claim balik dr travelling 😂😂😂 tp skrg dh x travelling mmg x lah

      Delete
  7. ohooo, nostalgia value sangat! it's just not u kakMim, me too.
    kita simpan tentatif acara sukan sekolah tahun 2000. sehelai paper tu ok.
    slip masuk dewan peperiksaan PMR pun masih ada. muahaha...
    can i reveal it too???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cha.. nnt terhilang pulak better simpan di blog now.. now! Hahahaha 😂😂😂

      Delete
    2. Silakan cha.. nnt terhilang pulak better simpan di blog now.. now! Hahahaha 😂😂😂

      Delete
  8. kan. nostalgia ni sayang sb ada ceritanya
    tp tiket wayang min simpan, betul2 ni he hee
    akak suka simpan juga tp majalah gambar dato ct, dari mula2 dia popular ha haa sayangg nk buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. akak simpan majalah.. nasib sy bkn jenis simpan majalah.. simpan buku, yes.. hehehe

      Delete
  9. bole framekan tiket2 wayang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdelah sampai tahap nak framekan feez..hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form