PdPR Pendidikan Seni Tahun 1: Model Rumah Burung

Lagi cerita tentang PdPR #theIMANs ☺️
Biasalah setiap minggu ada Pendidikan Seni.
Dan ada je lah projeknya.
Minggu ni kena buat model Rumah Burung.

Budak tahun 1 tukang posing jek 🤣

Kalau bahan-bahan memang dah sedia ada kat rumah Insya Allah boleh je buat. Tapi selalunya kakak atau Ibu lah yang buat 🤪 Bak kata kakak kepada adiknya, Awan untung ada kakak, dulu kakak semua buat sendiri.

Awan ni memang lain macam sikit. Dia tak berapa gemar mewarna. Kalau disuruh mewarna confirm tarik muka. Kadang-kadang terpaksa mintak rescue si bongsu, Alan. 

Benda-benda seni ni memang Awan ni sekadar tengok je. Nak buat sendiri sepenuhnya macam belum pernah lagi semasa PdPR ni. Nasib ada kakak kan. Akakkk jugak. Kesian kakak.

Rasanya bukan kami saja yang tukang buat kerja PdPR anak-anak masa pandemik ni, baca di FB kawan-kawan pun sama je. Tapi kerja-kerja untuk subjek yang lain memang Awan buat sendiri, untuk PS ni je special case. Kah! Kah!



10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bantu membantu gitu musim PdPR ni. Agaknya kurang minat dengan seni. minat lain. Ada penyelamat kakak, alan dan ibu. Cantik rumah burung colourful. Tukang posing pun boleh awan :)

    ReplyDelete
  2. Macam2 aktiviti pdpr ni. Seronok awan ada kakak & mom yang tolong #Staysafe

    ReplyDelete
  3. setuju ckp kakak. mmg untung awan. heheheh cikgu2 pun ada ckp, sejak PDPR ni, hasil anak2 jadi lebih cantik dan kemas. heheheh tahu laa kan sebab apa tu. yang penting dpt manfaatkan masa bersama2 family.

    ReplyDelete
  4. Itu namanya rezeki tak sama...
    nak bunyi sedap lagi..kena kerjasama bantu buat homework🤣

    ReplyDelete
  5. nasib baek ade kakak dan adik yg tolong... cantik rumah burung tuh.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form