Bila Dah Suka



Kenangan semasa menjadi pegawai pengiring untuk program keusahawanan pelajar di KL pada tahun 2016. Sukanya diorang first time naik flight. Sekarang 2 tahun dah tak ada big event, tak handle konvo, takde program weekend, adhoc program menteri turun. 

Alahai rindu!!

Dengar cerita next semester pun budak-budak mendaftar secara online. Nampak gayanya kena ready material untuk online lagilah kot. Tau tak mengajar bersemuka memang tak sama feelnya dengan online. Banyak kekangan mengajar secara online ni. Mungkin yang teori takde masalah tapi bila part hands-on memang mati kutu dah tak tau nak tolong macam mana.

UPU dah keluar dah semalam. Kalau sebelum ni musim ni lah saya akan busy 2x ganda. Henfon tak lepas dari tangan melayan whatsapp dari calon pelajar yang nak merayu lah nak tukar kolej lah nak tanya rumah sewa lah. Meriah! Masa mula-mula pegang portfolio tu weekend pun saya sanggup ke ofis. Tapi bila dah lama-lama dah steady je handle musim UPU keluar ni.

Mungkin sebab tu orang cakap macam ni kot.

Setuju ke?


 

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Dulu-dulu saya rajin juga jadi LO untuk sebuah program antarabangsa di Melaka. Tiap-tiap tahun buat. Pernah jadi LO bagi duta Belanda, Nigeria dan beberapa duta lagi, saya tidak ingat. Lepas habis memberi perkhidmatan sebagai LO, ada saja hadiah yang diterima. Antara juga saya terima ialah 100 USD. Hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bestnya.. pengalaman kn tugas2 mcm ni.. dpt kenal ramai org.. dpt bantu org.. skrg semua online dek krn covid ni

      Delete
  2. Betul, setuju sangat. Benda bila dah suka, kita willing to do dengan semangatnya. Memang lain feel bila class online dan bersemuka. Tak sabar nak menanti covid berakhir.

    ReplyDelete
  3. Betul tu
    kita seronok buat apa yang kita minat

    ReplyDelete
  4. Kalau buat yang kita suka...kepuasan mengatasi kepenatan...

    ReplyDelete
  5. selagi covid ni tak reda selagi itulah budak2 kene belajar secara online. tmpt saya pon intake baru akan belajar online sehingga diberitahu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form