Perpindahan Dan Perpisahan


Julai
Cukup ya sampai di sini
Jangan noktahkan kegembiraan semua kami
Telah begitu banyak kisah hijrah yang perlu ku dengari
Hijrah yang bakal membatasi
Limitasi hidup kami
Dek kerana Corona ini

Ya. Julai ini mungkin menjadi titik permulaan bagi beberapa sahabat kami yang mendapat perkhabaran dipindahkan ke institusi lain yang merentasi daerah kami ini. Berpindah di kala musim pandemik ini? Di kala semuanya ada limitasi. PdPR anak-anak lagi. Kalau saya pun memang buntu. Dah puas berendam air mata, surat rayuan pula tidak laku di mata mereka. Akhirnya terpaksa jua menerima kententuan qada dan qadar.

Saat bermesej pun saya sedih. Apatah lagi bersemuka, terus bergenang air mata. Namun kau tetap menunjukkan keceriaan. Sungguh kau kuat sahabat.

Biarpun anak-anak terpaksa ditinggalkan buat sementara, yakinlah Allah jaga mereka untukmu. Semoga dipermudahkan urusan kamu dan kamu. Benar kata sang suami, bersyukurlah kau ada dia dan dia ada kamu. Akan ada hikmahnya nanti. Bersabarlah ya.

Benar apa dikata si pelontar lagu nasyid, hijrah itu pengorbanan. Mungkin pengorbanan ini amat besar nilainya bagi anak bangsa kita di sini. Tinggallah sementara keselesaanmu sebentar di sini. Redhalah apa yang terjadi, semoga muncul pelangi selepas ribut taufan ini.

Sepupu merangkap sahabat sedari kecilku.
Semoga dirimu dan suamimu beroleh kejayaan dan semakin cemerlang di tempat baharu. Selamat membina kehidupan baharu di daerah baharu. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di rumah sendiri. Lebih baik di rumah sendiri namun apakan daya, SYMA juga perlu dipatuhi.


 • Kakmim Yang Masih Setia Di Sini •
31 Julai 2021
1221 pagi



 

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Membaca pun dah rasa sedih tu kakmim. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah. Semoga hijrah perngorbanan ni akan ada manisnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah fiza.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya.. semoga mereka bergembira di lubuk mencari rezeki yg baharu

      Delete
  2. Allahuuu akak. Sayunya kita yg membacanya. Berat dada, semoga semuanya dimudahkan dan dibawah peliharaan Allah swt. Semoga baik-baik mengiringi kita semua. Stay strong akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah cha.. ada hikmah di sebalik yg berlaku.. Follow the flow

      Delete
  3. sedihnya terutama waktu pandemik ni terpisah jauh dari keluarga...memang tak terucap dan tak terlafaz..yang pasti linangan air mata tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air mata tu jgn cakaplah.. tp sampai bila kn? Kita bangkit terima cabaran

      Delete
  4. Dah tanda tangan SYMP
    terpaksalah patuh
    Tapi tengah time2 macam ni patutnya pihak atasan kena faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak.. nak tak nak kena nak jugak.. xde alasan pandemik pun bg pihak atasan

      Delete
  5. Replies
    1. Setuju kak.. korbankan comfort zone kita sebentar

      Delete
  6. Saya hormat bagi mereka yang berpindah randah atas urusan kerja. Sanggup dan cekal hidup dalam mengejar impian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. sy masih lg di comfort zone x keluar dr negeri sendiri

      Delete
  7. Sangat tabah! Moga Allah permudahkan urusan bila TERPAKSA berpindah..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nona.. siapalah kita yang hanya kuli2 saja.. terima dgn tabah je jawabnya

      Delete
  8. dipaksa pindah department pun dah terasa sedihnya, apatah lagi pindah lokasi dalam keadaan serba perit begini. semoga Allah ganti kesedihan dengan nikmat-Na. Insha Allah

    ReplyDelete
  9. Satu pengorbanan yang besar tu.. Semoga dipermudahkan urusan sahabat kak mim..

    ReplyDelete
  10. Kenapa saya juga bergenang air mata?
    Kerana dapat merasai perasaan itu.
    Saya juga selalu membayangkan bagaimana perasaan jika kena redeep.huhuhu
    Apapun in sha Allah hijrah pastinya membawa kebaikan & penuh hikmah yang belum nampak.Semoga Allah mudahkan urusan Mim & keluarga

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form