Vaksin Sinovac Berkesan Terhadap Varians Delta

Ada kan.. certain orang yang dapat Pfizer macam bangga diri je. Orang Sarawak cakap 'berdengah'. Frontliner semua dapat Pfizer pun tak berlagak. Eh, apakehal? Hina sangat ke orang dapat Sinovac?

Syukurlah kerajaan Malaysia dah bagi vaksin free. Dulunya saya sebolehnya pun nak Pfizer tapi daripada tak dapat langsung, apa yang dulu terima je. Nanti dicop anti vaksin pulak kan? Nak memilih-milih di kala negara kita perlukan herd immunity macam ni, memang selfish lah.

Mungkin Sinovac ni dari China so orang downgrade Sinovac lah ye? Coronavirus tu pun khabar-khabarnya berasal dari China jugak. Hmm..


Sekarang Sarawak menjadi negeri yang paling top dengan varians delta pulak dah. Ini semua salah PATI daripada negara jiran lah ni. Masuk negeri orang guna jalan tikus lepas tu bawak varians yang berbahaya pulak. Geram sungguh. Bagi warganegara yang bawak masuk PATI tu better penjarakan seumur hidup je. Memang menyusahkan!



Ini petikan akhbar Harian Metro semalam.

Kuala Lumpur: Sinovac Biotech Ltd, syarikat yang membangunkan vaksin Covid-19 CoronaVac, mempertahankan keberkesanan vaksin dua dosnya, termasuk terhadap varian Delta.

Jurucakap syarikat Liu Peicheng berkata, meskipun belum ada lagi data tersedia mengenai kesan perlindungannya, kajian membuktikan keberkesanan vaksin itu di beberapa negara seperti Brazil, Indonesia, Chile dan Turki yang menggunakannya secara meluas.

"Keberkesanannya melebihi 90 peratus terhadap jangkitan parah dan kemasukan ke hospital. Kami juga melihat bahawa kadar jangkitan selepas vaksinasi sangat rendah di negara-negara ini, dan gejala yang ringan dalam kebanyakan keadaan.

"Walaupun ada penurunan dalam kesan peneutralannya, vaksin Sinovac ketika ini (CoronaVac) tetap efektif terhadap varian Delta," kata Liu, yang berpangkalan di ibu pejabat syarikat itu di Beijing, dalam jawapan bertulis kepada Bernama.

CoronaVac Sinovac, adalah vaksin tidak aktif dan antara vaksin Covid-19 paling banyak digunakan di dunia.

Namun, akhir-akhir ini terdapat kebimbangan mengenai keberkesanannya terutama terhadap varian yang lebih mudah berjangkit seperti Delta.

Pada 16 Julai lalu, kerajaan Malaysia menyatakan akan menghentikan penggunaan vaksin Sinovac di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK). Bagaimanapun, 14 juta dos vaksin masih tersedia untuk negeri dan syarikat swasta yang berminat, bermula bulan ini hingga September depan.

Sementara itu, mengenai keperluan suntikan penggalak, Liu berkata, walaupun penyelidikan Sinovac menunjukkan peningkatan kadar antibodi yang ketara seleps dos ketiga, syarikat itu masih mengkaji keperluannya dan prosedur lain yang berkaitan. 

"Sinovac sedang giat menjalankan penyelidikan klinikal ke atas vaksin khusus varian baharu sebagai suntikan ketiga untuk meningkatkan imuniti.

Vaksin baharu itu akan memberikan perlindungan lebih tinggi khususnya terhadap varian Gamma dan varian Delta yang mudah berjangkit.

"Selepas penyelidikan selesai, kami akan mempertimbangkan keperluan untuk mengemukakan cadangan dos ketiga kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan penemuan tersebut," katanya.

Pengeluar ubat Pfizer dan rakannya BioNTech, baru-baru ini mengumumkan sudah memohon kelulusan pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah untuk menawarkan suntikan penggalak, mendakwa bahawa terdapat bukti menunjukkan individu lengkap divaksin juga berisiko besar terkena jangkitan kerana keberkesanan vaksin menurun selepas enam bulan.

Di rantau Asia Tenggara, Sinovac, pemaju dan pengeluar vaksin terkemuka di China, setakat ini sudah mengeksport lebih 150 juta dos vaksin ke negara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja dan Singapura.

Sementara di Malaysia, syarikat China berkenaan bekerjasama dengan Pharmaniaga Bhd untuk membekalkan 14 juta dos vaksin Covid-19 secara pukal untuk anak syarikatnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), untuk dikilangkan di sini.

Kumpulan vaksin pertama, yang dihantar pada 27 Februari lalu, berjaya dilancarkan pada 18 Mac di bawah PICK dengan Pharmaniaga berjaya menghantar semua 12 juta dos vaksin kepada kerajaan bulan ini, lebih awal berbanding jadual. 

Setakat ini, Liu berkata, Sinovac sudah menghantar sejumlah 16 juta dos vaksin 'ready-to-fill' dan vaksin siap kepada Malaysia pada separuh pertama 2021 dan syarikat akan membekalkan tiga juta lagi dos vaksin siap serta 4.44 juta dos 'ready-to-fill' pada bulan ini.

"Kerjasama antara Sinovac dan Pharmaniaga berjalan lancar. Dengan sokongan Sinovac, Pharmaniaga telah meningkatkan kemampuannya dan vaksin yang dihasilkan telah diluluskan untuk digunakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Pada separuh kedua 2021, Sinovac akan terus memastikan kerjasama yang erat dengan Malaysia dan membantu memenuhi keperluan program vaksinasi Malaysia," katanya.

Katanya, berdasarkan kemampuan pengeluaran tahunan sehingga dua bilion dos, syarikat itu yakin dapat menyokong program vaksinasi di lebih banyak negara.

Kredit: Harian Metro

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Saya dah 2 dos vaksin Sinovac.. Moga menjadi asbab mencegak covid-19

    ReplyDelete
  2. Harapnya semua jenis vaksin dapat mencegah penularan virus. Variant delta bukan biasa biasa. Cepat betul tersebar.

    ReplyDelete
  3. Orang kita terpengaruh cakap orang. China actually bagus dalam bidang perubatan dan research. Janganla banding mainan made in China dengan vaksin made in China. Huhu

    ReplyDelete
  4. Alamak, kita tak memilih vaksin. Tapi orang dah bagi pfizer, kita terima je. Apa pun vaksin, semoga kita semua selamat lah dari varian baru yang mudah merebak ni. Amin.

    ReplyDelete
  5. Vaksin pun ada kasta jugak ka...
    hihihi...

    ReplyDelete
  6. saya masih menunggu giliran yg tak kunjung tiba kak mim huhuu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form