Follow Us @soratemplates

06/08/2021

Adakah Berat Badan Mempengaruhi Saiz Baju?

Persoalan: Adakah berat badan mempengaruhi saiz baju?
Jawapannya YA.

Mungkin persoalan ini sensitif sedikit ya.
Tapi itulah hakikatnya.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Sejak di sekolah menengah, berat saya tidak pernah mencecah angka 40kg. Dulu semasa subjek Biologi, saya merupakan penyumbang data berat badan yang kurang 40 kg antara 4 buah kelas. Tapi nasib baik jugaklah bukan saya yang paling ringan antara semua pelajar tingkatan 4! Ada 4 buah kelas semuanya. Saya antara data-data tercorot jugaklah masa tu. Itulah kenangan zaman sekolah. 

Dipendekkan cerita.. saya memang jenis kadar metabolisme tinggi.
Makan banyak tapi tak gemuk.
Itu dulu ya.
Dulu saya memang jenis minum plain water.
Jarang minum air manis.
Pergi kedai makan bawak botol Tupperware.
Sana sini dengan botol airnya.

Kalau nak merasa berat melebihi 40, masa pregnant saja.
Lepas tu bersalin, dah slim balik, sambung lagi breastfeed (BF).
Orang kata bila BF berat badan macam kena pam.
Saya pulak sebaliknya.
Tambahan lagi bila saya bersalin setahun seorang.
Bersambung-sambung BF non stop.
Sampai kalau terjumpa kawan yang dah lama tak jumpa,
pasti ada soalan.. "kitak sakit kah?"
Sejujurnya saya sangat berkecil hati dengan soalan tersebut.
Sedih tau.

Apabila anak-anak dah wean-off.
Umur pulak semakin bertambah.
Selera makan semakin berganda.
Sarapan pagi dah pandai minum air bergula.
Sekarang berat badan pun semakin bertambah dan bertambah.
Alhamdulillah.
Tak ada lagi soalan yang merobek hati dan perasaan saya lagi.
Ingat tu, kurus pun sensitif.
Apatah lagi 'berisi'.


Sekarang saya di size berapa?
Biarlah saya sendiri yang tahu.
Hahaha!
Tapi kan dulu saya pernah pakai baju bersaiz XS!
Nak beli seluar memanglah payah.
Sekarang pun payah jugak sebenarnya.
Hihihi!

Ya, ya saya sedar diri.
Baru beberapa hari lepas genap 40.
Standardlah kan?
Lagipun Encik Suami cakap, "kamek suka kitak macam tok".
Berani kalau dia kata tak suka kan?
Muahahaha!

 

18 comments:

  1. saya pun sejenis kakmim. kurus bebenau sampai sedara-mara and kawan asyik complain. sejak dewasa ni tak pernah lah berat drop bawah 40kg. saya anggap high metabolism ni rahmat Allah. lagi-lagi musim pkp ni asyik makan je. yang penting sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sal janji sihat kan.. tp kalau org asik sok sek sana sini tu knp kurus mmg menangis jugaklah dlm hati

      Delete
    2. kalau orang tanya dengan penuh concern tu saya ok, tapi kalau perli-perli kata 'tulang' or takde shape, yang tu saya sedih

      Delete
    3. Setuju sgt.. ingt dlu masa study ada akak satu floor ni dia bgtau yg akak ni kurus sgt sekeping xde shape.. aduyai.. nk mengata org tgk diri dia sendiri obes melampau apakehal akak diam je lah.. mmg smpai hari ni x boleh lupa kecaman dpd org gemok melampau tu

      Delete
  2. untung kalau metabolisme tinggi
    tak risau akan berat badan
    saiz bj , kalau cik nor kadang beli bju saiz s ok muat tapi dan kadangkala kena ambik bju kena saiz m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu cik nor ms muda remaja.. skrg x merasa dh mcm tu selari dgn pertambahan usia..hehe

      Delete
  3. Dulu XS, Lepas tu S, Lepas tu S dan M tengok jenis baju. Sekarang S dan M jenis ukuran baju sbb ada baju kena pakai S. ada baje kena pakai M.
    Kalau baju kurung XS dan S .. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm sama je pattern kita ni naniey ๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Hhaha saiz s ni zaman budak2 je.. Sek pun berat bawah 50.. Msk keje dh soploh taon berat pun makin naik hahaha nak maintain berat 50 mmg payah dh le hehhe.. Now kita terima seadanya ๐Ÿ˜œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 zaman budak2 ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ skrg beli S or xs utk anak dara je lah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ kekadang beli utk diri sendiri kononnya s tp bila balik umh tpksa bg kt anak dara.. itu ms x boleh terima hakikat lg tu ๐Ÿ˜…

      Delete
  5. Sy rasa ikut umur juga kot.. Sy pun mcm tu juga.. kurg berat sampailah umur sy 23 thn baru nampak berisi.. Alhamdulillah yg penting sihat .. skrg nie berat turun naik tak tentu.. Dulu merasa lagi pakai saiz S skrg takleh dah hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nurul.. semakin bertambah usia bdn pn makin berisi.. kita terima je seadanya.. hehehe

      Delete
  6. Alamak.. Kak Mim punya saiz badan masa sekolah sama dengan Sha.. hehehe.. Sha sampai umur 16 berat badan maintain bawah 45kg.. Tapi bila start je kerja kerajaan dan kahwin berat terus naik.. Metabolisma dah kurang dan lepas mengandung memang jenuh nak turun.. Sekarang ini berat 70 lebih.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. haha saya semestinya yang last sekali tu lah

    ReplyDelete
  8. memang mempengaruhi sangat. untung bila makan banyak tapi berat badan tak naik naik. Nak ke saiz S semula dah mencukupi dah. Sekarang malas bergaduh dengan saiz baju. huhu

    ReplyDelete
  9. Alahai segan tgk saiz2 tu hahaa..biarlah rahsia mcm kak mim juga ^_^

    ReplyDelete
  10. CCL pun jenis metabolisma tinggi . Makan lah sekerap mana , sebanyak mana pun berat badan still maintan . Kadang 39 kadang 40 ..stress jugak kadang2 tu mkn byk nutrisi entah ke mana

    ReplyDelete
  11. Hahaha..biarlah kawan2 tanya kitak sakitkah..
    Lagi sedih & geram kalau ada kawan tanya ..wei,ngandung ka??๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥