BDR Bukan Bermakna Bercuti Dari Rumah

Kita sudah terbiasa dengan terma BDR atau 'bekerja dari rumah' sejak negara kita dilanda pandemik sejak Mac 2020 yang lalu. Setelah 'terkurung' sebulan di rumah sekitar Mac-April 2020, akhirnya kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar berkenaan BDR dari semasa ke semasa. Setelah peratusan keberadaan pegawai di pejabat ditambah sedikit demi sedikit kita pun terpaksa peka dengan pelbagai garis panduan dan pekeliling yang telah diwartakan berkaitan BDR ni.


Saya masih ingat lagi saya diarahkan melapor diri (setelah urusan kenaikan gred diumumkan secara rasmi) semasa negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada April 2020. Pada ketika itu, bagi rakan-rakan yang terpaksa melapor diri di luar stesen bertugas, mereka terpaksa melapor diri secara phone call ataupun secara video call. Ketika itu, kita masih belum lagi terbiasa dengan Zoom, Google Meet atau Webex. Alhamdulillah saya yang melapor diri di jabatan yang sama dapatlah melapor diri secara fizikal dengan SOP yang ketat. Masa tu memang masih takut-takut hendak keluar rumah, ibarat bagai nak berjuang ke medan perang persiapannya.

Setelah setahun berlalu, dasar dan pekeliling BDR juga telah dikemaskini dan ditambah baik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Akhirnya kita terpaksa akur menjalankan amanah dalam norma baharu sebegini.

Bila membincangkan isu BDR, sebagai penjawat awam haruslah berpegang kepada etika yang telah ditetapkan oleh JPA. BDR bukannya 'bercuti dari rumah'. Sebab itulah bila BDR ni saya agak stress jugak kadang-kadang. Bila BDR ni nak buat kerja rumah pun terbatas sebenarnya. Kadang-kadang tu dapat jugaklah goyang kaki sikit tapi selalunya kalau dah ada online meeting atau discussion tu memang berlarutan. Kadang-kadang malam pun kena berGM untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit yang perlu tindakan segera. Nasiblah anak-anak sporting dan semua boleh membawa diri masing-masing.

Hari ini hari Sabtu, barulah rasa tenang, takde perasaan bersalah nak buat general cleaning seluruh rumah. Nak layan Netflix, nak baking ke. Tapi itu pun terpulang kepada tahap kerajinannya lah. Hihihi.

Sebab itulah setiap petang Jumaat sekarang saya rasa best je, rasa bebas nak buat apa saja. Nak baca novel pun on dari pagi sampai petang. Novel banyak tu dah beli tapi tak habis lagi baca. Eh, bukan tak habis, tak baca lagi! Huhu! Bukan apa,  bila banyak kerja ofis tertangguh pun tak boleh jugak nak lapangkan fikiran sangat nak layan novel-novel ni. Ada jugak kerja yang bila di rumah kita tak dapat nak setel sepenuhnya, kena buat di ofis jugak. Begitulah.. saya ni memang suka memikirkan benda-benda yang komplikated. Hmm..

Hati-hati ya bila BDR. Telefon tu memang kena alert selalu dengan notification dari grup-grup ofis. Ada yang memerlukan tindakan segera tu memang tak tenteramlah selagi masih belum setel.

Tapi hari ni hujung minggu, bolehlah pulun habis nak promote jualan online kita tanpa rasa bersalah kan? Eh? Hahaha!





 

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Saya, ada kalanya Sabtu Ahad pun kena siapkan kerja.. Bukan setakat BDR saja.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu ahad tu bkn arahan kn? Selalunya inisiatif kita sendiri nk siapkan keja lebih awal.. hehehe.. apapun chaiyokkk 💪🏻💪🏻

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan urusan untuk semua yang terlibat dengan BDR. Bagi sesetengah orang boleh adapt tapi ada orang boleh mencanak stress level. Lagi lagi ada anak kecil. nak buat kerja ofis dengan tengok anak skali sebab PKP ni tak boleh hantar anak ke rumah pengasuh kan? If boleh hantar pun mesti rasa takut sebab keadaan sekarang sangatlah teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sbb tu kena pandai manage stress level.. tambahan lg dgn pdpr anak2.. duduk rumah pn boleh sakit mental di zaman pandemik ni.. bahaya

      Delete
  3. BDR saya tak suka satu je, bila diganggu dengan urusan kerja di luar waktu kerja. weekend atau public holiday pun kadang-kadang terpaksa bukak pc. tu ragam kerja swasta pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swasta mmg xmo rugi.. kena hadap jugak karenah pengurusan yg mcm tu..huhu

      Delete
    2. tak nak buat nanti dikata berkira pulak. tu yan kadang-kadang rasa nak off hp

      Delete
  4. berBDR ni dugaan dia lain pulak kan. Kena alert dengan phone dan sentiasa kena stand by. Tak boleh leka sebab itu tanggungjawab kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah fiza.. kdg2 mlm pn masih ada online discussion

      Delete
  5. Masalahnya bila ada majikan yang bila dah wfh ni dia ingat kita kerja 24 jam gamaknya. waktu malam pun masih masuk notifikasi hmm

    Apa pun waktu bekerja kena kerja waktu rehat kena rehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami biasa mcm tu mlm2 sembang juga keja di grup ofis 😂😂😂

      Delete
  6. banyak dugaan BDR ni..rasanya xsemua boleh patuh dgn sempurna..almaklumla..duduk rumah kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kalau buat mcm kt ofis betul2 alamatnya kacau bilaulah rumah belom lg yg nk mkn itu ini 😂😂

      Delete
  7. semoga dipermudahkan semua yg BerPDR
    penting hp x blh tinggal he hee

    ReplyDelete
  8. Memang banyak dugaan BDR ni .. Tambah2 lagi dengan anak2 juga yg PDPR ..kadang pening juga kn

    ReplyDelete
  9. Hahaha ..betul tu..
    Ibu-ibu yang terpaksa pantau anak pdpr,lagilah mencabar kan..
    Saya yg hanya nak fokus kerja sendiri sahaja pun kadang migrain jadinya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form