Follow Us @soratemplates

15/08/2021

Hujung Minggu Yang Sendu

Tersedar saja subuh rupanya hujan membasahi bumi. Sedapnya kalau tarik selimut lagi tapi nehi nehi. 

Pagi-pagi memang kena fikirkan sarapan apa pagi ini. Tapi semalam sebelum tidur saya dah fikir nak sarapan apa. Saya dah siap keluarkan daging burger Ramly dari freezer so bangun pagi boleh terus masak je.

Tiba-tiba Encik Suami bagitau dia dah order mee kolok Hj Salleh, nak pergi ambil je lagi. Wohaa! Daging burger pun simpan balik dalam freezer.

Akhirnya merasa juga mee kolok Hj Salleh pagi ni selepas semalam takde rezeki. Tapi.. feeling makan kat kedai jugak best. Dengan mangkuk yang legendnya dengan aroma bau sup dan dagingnya, yang semestinya memang takde di rumah. Tapi syukurlah dapat jugak order pagi ni. Encik Suami cakap ramai sangat orang pagi ni tapi dia sampai je kedai tinggal ambik order dan bayar je. 

Hujan sampai ke tengah hari. Memang sendu je. Nak order lunch tak tau nak makan apa. Kita masak je lah. Itupun takde idea. Last-last goreng ayam lepas tu buat masak merah! Oho.. itu saja lauk utama hari ni. #theIMANs ni janji ada ayam pun syukur.


Nak ambik gambar pun sendu. Sayur pun tak masak. Kita goreng telor mata dan makan dengan jeruk asam saja.

Syukur! 

Kerja ofis bawak balik tapi tak bukak 1 pun lagi. 
Alahai malasnya!
Cuaca pun tak sporting lembap sampai ke malam.
Memang sesuai sangat bermalas-malasan.

 

9 comments:

  1. Jangan sendu-sendu sangat, jadikan setiap hari adalah lebih baik dari hari-hari sebelumnya. :)

    ReplyDelete
  2. Sesekali bermalasan.. tapi dalam malas malas pun masak.. tu sy kira rajin dah.. Hehee.. Moga terus diberi semangat melalui kehidupan.. Amin

    ReplyDelete
  3. Sendu pun sendulah... yang penting ayam masak merah tu sangat menggoda selera!

    ReplyDelete
  4. Kadang cuaca juga mempengaruhi mood kan...

    ReplyDelete
  5. sendu2 pon ayam masak merah jadinya. saya klu sendu... mmg tak makan lah

    ReplyDelete
  6. mee kolok, dah lama tak rasa. dulu kawna-kawan sarawak yang selalu bawak me kolok ni

    ReplyDelete
  7. Sini pun kerap hujan lately, tapi saya pulak bila cuaca panas yang saya jadi lagi malas.

    ReplyDelete
  8. Senangnya dalam hati kalau makanan dah siap order tinggal pick up je. Boleh gak buat kerja lain sementara tu. Tapi itulah kalau dah mood sendu yang lain turut sendu jugak. huhu..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥