Ketahui Tanda Bacaan Oximeter

Oximeter sekarang sudah jadi satu keperluan yang mesti ada di rumah di saat varian Delta semakin mengganas dan SOP kuarantin kendiri di rumah juga semakin banyak dikuatkuasakan kepada pesakit yang disahkan positif Covid 19 (kategori 1 & 2).

Oximeter sebenarnya selalu digunakan oleh pesakit asma untuk mengukur tahap oksigen mereka setiap kali selepas neb. Tapi sekarang ni nampak gayanya kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan sekiranya berlaku jangkitan Covid 19 di kalangan ahli keluarga kita. 

Antara simptom apabila kita dijangkiti Covid ialah semput ketika bernafas kerana kekurangan oksigen bila mana paru-paru sudah dicemari virus pembawa maut ini. Maka ketika inilah kita memerlukan oximeter ini supaya kita boleh mengukur banyak mana tahap oksigen di dalam badan kita. 

Saya masih lagi ingat ketika anak-anak dijangkiti jangkitan paru-paru semasa kecil, saat nurse membuat rondaan di wad untuk check oksigen ni antara momen yang paling mendebarkan. Pernah oksigen drop ke 95 pun nurse sudah kecoh berlari memaklumkan kepada doktor. Suspennya masa tu hanya Tuhan saja yang tau. Kalau boleh saya memang tak nak momen macam tu berulang lagi dalam hidup kami sekeluarga.


Tahukah anda penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda?

Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:

1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran

3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter  sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.
Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!!!


 

22 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Replies
    1. Kalau boleh belilah in case kan.. kita sediakan payung sebelum hujan

      Delete
  2. Ok terima kasih tunjukkan cara.

    ReplyDelete
  3. Semua kena seiring bacaannya. Ni belum checkout lagi. Duk dlm chart lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati2 ms nk beli tu tkt ada yg fake naniey

      Delete
  4. Benda yg penting sekarang ni...jgn dah semput baru nak ke spital .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. even yg ada asma kronik pn wajib ada ni

      Delete
  5. Orang ramai sudah mula sedar betapa perlunya sediakan payung sebelum hujan, sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga kesihatan keluarga.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ada rezeki betterlah kn cik nor? Prepare for the worse

      Delete
  7. Memang kena prepare satu dirumah, tapi make sure beli yang diluluskan. Takut terbeli yang fake nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tiqah.. sekarang ni mcm² cara org menipu

      Delete
  8. Thanks atas perkongsian. Dah order di Shopee. Tunggu barang sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat je sal.. hati² jgn terbeli yg fake ye

      Delete
  9. wah terima kasih infonya, kakmim. Saya ada asma tapi belum pernah memakai oximeter. Sudah banyak beredar oximeter ini, tetapi saya masih belum faham bagaimana cara menentukan yang asli.

    ReplyDelete
  10. Ini satu lagi keperluan isi rumah musim Covid. Saya pesakit asthma, jadi memang ada standby alat ni di rumah.

    ReplyDelete
  11. Penting juga oximeter ni kan . Kena standby juga kat rumah

    ReplyDelete
  12. Belum membeli lagi kakmim. Thanks share. Nanti dah beli boleh datang rujuk balik.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form