Spesifikasi Galaxy Tab A7 Lite Untuk PdPR




Hari tu masa entri 'merentas negara' tu kan memang ada aim.
Inilah aim nya.
Mencari tablet untuk PdPR #theIMANs.

Tablet pun OOS sekarang.
Bukan tablet je, Ipad pun sama.
Kalau sabar tunggu stok, bookinglah dulu.
Begitulah, keperluan musim pandemik ni.

Pagi tadi.
Whatsapp adik promoter kedai Samsung hari tu.
Kali kedua dah whatsapp dia.
Katanya supplier tak dapat hantar stok sebab kuarantin.
Tiba-tiba.
Petang pulak ada unknown no yang call.
Mulanya malas nak angkat.
Bila kali kedua dia call, mesti urgent ni.
Rupanya dari kedai Samsung tu.

Dia tanya jadi ke tak ambik tab A7 Lite ni.
Kalau jadi boleh ambik bila-bila.
Diorang tutup 10 malam.

Apalagi deal dengan Encik Suami.
Balik keja dia terus pegi ambik.
Jangan tunggu lama-lama.
Nanti disambar orang.
Hahaha!


Technical Specifications

  • Display: 8.7-inch, 1340×800
  • Operating system: Android 11
  • Dimension: 212.5 x 124.7 x 8.0mm
  • Weight: 366 grammes
  • Camera: 8MP AF (rear), 2MP (front)
  • Memory: 4GB RAM with 64GB internal storage, microSD up to 1TB
  • Processor: Octa-core 4×2.3GHz + 4×1.8GHz
  • Battery: 5,100mAh
  • Connectivity: Wi-Fi direct, Bluetooth v5.0
  • Colour: Gray, silver
  • Connectors: Type C USB
  • Sensors: Accelerometer, compass, light sensor?
  • GPS: GPS+GLONASS, Beidou, Galileo
  • Audio: Dual Stereo Speakers, Dolby Atmos
  • Accessories: Book cover, clear cover

Galaxy Tab A7 Lite ni baru launching awal bulan Julai hari tu.
Ada je stok, habis.
Bukan 1 branch je macam tu.
Beberapa branch Samsung dipegi semua kata kena order.
Tak tau lah benar atau auta.
Sebab bila ditanya memang kata tak ada, kena order.

Suka A7 Lite ni sebab nipis.
Saiznya ok just nice tak besar, tak berat.
Harga pun dalam bajet.
Spec pun okay.
(Boleh refer specnya kat atas)
Ok lah kan sekadar penggunaan basic.
Yang penting selesalah daripada si abang guna henfon bila GM.
Henpon pun guna Samsung ibu yang tahun 2013 dulu.
Banyak sangat jasanya.
Tapi Ibu cakap kat #theIMANs tab ni Ibu punya.
Takmo nanti ada yang claim dia punya pulak.
Ibu bagi untuk kelas je.
Nak main game, main je guna henfon lama tu.

Bila sembang-sembang dengan kawan sekolah hari tu.
Yang tengah cari affordable laptop untuk anaknya.
Sedih jugak la bila dia cakap.
"Kita ni ok la, alhamdulillah.
Mampu sediakan fasiliti untuk anak-anak PdPR.
Bagi yang tak mampu?"
Hmm..
Begitulah.

Kita ni sebagai ibu bapa.
Sememangnya mesti akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Untuk keselesaan anak-anak kita.
Untuk pendidikan mereka.
Untuk melihat kegembiraan mereka.
Betul tak?

Tapi..
 Tak semua kita bernasib baik kan?

Ya Allah!
Kau lenyapkanlah Covid ni dari muka bumi.
Dah tak boleh nak fikir nasib-nasib saudara-saudara kita yang sedang menempuhi saat-saat sukar sekarang.
Dengan kes-kes aktif Covid yang mencanak-canak naik.
Permudahkanlah urusan kami rakyat Malaysia ya Allah.






 

20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. CCL pun haritu tengah servey2 juga tab kat kedai . Tp kebanyakkan out of stock . Cari dalam shopee mcm not sure nk beli sebab banyak yg jual second hand .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt shopee murah tp x berani nk ambik risiko.. itu yg kena trn padang jugak survey sendiri pegang sendiri baru konfiden beli.. benar tu kena booking pastu tgu lg br dpt..huhu

      Delete
  2. Kite pun bru beli tab samsung juga, s6 lite, senang betul beli on9 di shopee, terus jtuh cinta dgn jnma samsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jgk dh x pakai samsung mmg tahan puas hati pakai.. yg henfon kakmim yg lama tu beli ms abang br brp bulan now dia pulak sambung pakai

      Delete
  3. Musim PDPR ni memang tablet, laptop, handphone jadi buruan ibu bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. laptop jgn ckp lah harganya skrg mmg kayangan

      Delete
  4. Besa juak bateri nya yaa.. lak hunting sigek utk bisnes kah. Kelak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi juak tok mun k bisnes.. nangga blog pn puas hati koh aien 😂😂

      Delete
  5. Aiiii...boleh lah beli sigek key berblog tok 😁. Aok, bena dipadah kakmim ya, sik semua orang mampu beli bah barang2 PDPR kedak tok.Tambah2 time PKP.Segala kelengkapan komputer nang mahal! Dolok2 boleh gik berbeli printer rega bawah 300 ratus.Nektok nang sikpat😑.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. reti kecek serawak rupanya syu 😅 aok berbaloi eh makei update blog.. laptop nektok yg basic ajak pn dh 2k.. printer pn oos di kch nektok nasib kmk sempat grab last year ms harga gik mampu milik... adoi laa

      Delete
  6. harga OK tu, lagipun kebiasaan produk Samsung berbaloi dan tahan lama. Nak lagi tahan jangan guna untuk main game. Setuju part kakmim kata tu Ibu punya. biasalah budak-budak kang berebut pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sal.. mmg tahan samsung ni.. mesin basuh peti ais umh kakmim pn samsung lebih dh 10 thn.. berbaloi rasa memakai

      Delete
  7. dah jd kemestian utk ank2 kita kan
    utk kelas online
    cik nor sek. baik ada laptop lama. blh la ank guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik nor.. kesian tgk anak pakai henfon.. bila anak ramai x dpt la jgk nk sediakan laptop sorg 1 😅

      Delete
  8. Ni barang hangat di pasaran ni. Sekarang semua kena order dan book dulu. Penangan pdpr kan...
    Aaminn. Moga covid-19 segera lenyap. Bimbang betul dengan jumlah kes harian sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kn farrah kn? Xtau bila nk habis kita mcm ni... anakw pn dh rugi 2 thn dh ms pembesaran mereka.. dh xde merasa environment sekolah

      Delete
  9. Laku keras zaman pandemik ni untuk PdPR. Alhamdulillaah akhirnya ada stok dapat juga. Dah ada stok kena laju ambik. Disambar orang, kena tunggu lagi. Harga berpatutan dengan spesifikasi tu. Ye, untuk anak anak ibu bapa akan berikan yang terbaik. semoga cepatlah pandemik ni berakhir dan memudahkan urusan pembelajaran anak anak semua. Aaminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tgk anak2 ni x sekolah.. xdpt bersukan berkelab.. hands on di makmal... 2 thn dh rugi mcm tu saja... pdpr x sama experience dgn pdpc di sekolah

      Delete
  10. betul jugak kan kak... nak kene cari jugak la utk aiyan... nak beli laptop entah bilanya... harga pun kira mampu milik jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Br lg ni dana.. mst ramai dok cr sbb harganya agak ok.. 2 mgu jgk lah menunggu ni

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form