Azoospermia - ZERO Sperm Dalam Kandungan Air Mani


Entri kali ni boleh dilabelkan sebagai 18SX tapi post ni bukanlah nak melucah bagai, just nak educate & sharing info. So kalau rasa macam malu or segan nak baca, boleh je left. Eh, macam nak left group Whatsapp pulak. Boleh saja close window ni.



Apakah AZOOSPERMIA?


Azoospermia is the medical term used when there are no sperm in the ejaculate. It can be “obstructive,” where there is a blockage preventing sperm from entering the ejaculate, or it can be “nonobstructive” when it is due to decreased sperm production by the testis.


Kredit: https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/azoospermia


Azoospermia - sebenarnya saya pun baru tau jugak term medical yang ini. Dan tak pernah pulak tau ada juga manusia yang dilahirkan tiada sperma dalam kandungan air maninya. Subhanallah! Bila Allah berkehendakkan sesuatu, mudah saja dia nak say 'Yes' or 'No'. Siapalah kita hambaNya yang kerdil ni untuk menghalang kehendakNYA.


Sebenarnya saya baru terbaca sharing di FB dari seorang wanita yang bergelar isteri ni. 6 tahun perkahwinan yang belum direzekikan cahaya mata. Biasalah bila belum ada rezeki anak ni si perempuan dan isterilah yang selalu dituding jari. Jarang pula kaum lelaki akan dipersalahkan.


Dipendekkan cerita dari sharing isteri yang tabah ni, mereka akhirnya pergi untuk konsultasi pakar berhubung masalah mereka. Mulanya si isteri yang buat full medical check-up then the other weeks pulak si suami. Si isteri resultnya cemerlang, doktor kata no problem, bila-bila masa saja boleh mengandung kalau dah sampai rezeki untuk dapat anak. Bila tiba part suami pulak, pun sama, hormon & blood test ok, TAPI.. ada tapinya.. there is no SPERM.. ZERO!, so si suami didiagnosis sebagai Azoospermia. 


Dari maklumat doktor, result si suami ni quite different dan mereka pun a bit confuse sebab selalunya orang yang ada masalah ni selalunya berkait rapat dengan hormon dan darah, tetapi result hormon dan darah suaminya adalah okay. So doktor beranggapan masalah Azoospermia dari suami ni mungkin disebabkan tersumbat ataupun memang kecacatan sejak lahir (congenital disorder). Dan doktor menasihatkan mereka tidak datang lagi ke situ kerana memang tak ada apa pun yang mereka boleh bantu. Kesian kan? Siapalah yang tak sedih.


Tapi, suami isterinya mencuba jugak mendapatkan konsultasi dari pakar di US. Ada ikhtiarnya cuba peratusnya kurang 50% dan kosnya pula mestilah tinggi. Mereka decide untuk fokus dengan anak bulus mereka yang banyak dan persiapan masuk ke rumah baharu mereka saja untuk sekarang ni. 


Apapun, saya doakan mereka yang belum dikurniakan rezeki anak ni agar dimurahkan rezeki dari sudut yang lain untuk memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka. Insya Allah, ada rezekinya nanti, cuma perlu yakin saja perancangan Allah SWT. Mungkin boleh juga dipertimbangkan untuk mengambil anak angkat sebab ramai juga saudara di sekeliling saya selepas mengambil anak angkat, terus Allah murahkan rezeki mereka mengandung dan akhirnya tercapai juga impian untuk mendapat anak sendiri. Itulah orang kata, rezeki ikhlas menjaga anak angkat, selepas mengangkat anak, setiap tahun pulak mengandung dan beranak. Allahu akbar!


Tapi janganlah kita menjatuhkan hukum bila pasangan tu tak ada anak, terus si isteri yang confirm mandul. Eh, jangan! Ini semua ketentuan Allah, bukan saja perempuan yang bermasalah, kadang-kadang lelaki pun ada masalah jugak. Dan kahwin lain pun bukan penyelesaian masalah kepada isu tak ada anak ni. Ramai je orang di sekeliling saya ni walaupun tak ada anak tapi mereka happy je spend time berdua. So chill je, don't judge people ok!





Post a Comment

16 Comments

  1. oo..ada plak kes mcm ni kan, kuasa Allah.. tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sy pun rasa terkejut bila baca.. rare sgt.. itulah nk share spy org jgn senang nk jatuh hukum kt pasangan yg xde anak

      Delete
  2. Pernah jugak baca air mani tiada sperma ni...
    Mungkin kes tetpencil tp mmg ada kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kes terpencil.. sbb jarang sangat dgr atau bila x check xtau ada mslh cmne

      Delete
  3. memang ada kes azoospermia ni. pernah baca. sebelum ni tak tahu pun ada kes macam ni. bila banyak membaca sana sini, baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy br terbaca kes ni.. sedih bila baca apatah lg mereka yg mengalaminya

      Delete
  4. semua Dah tertulis. di. mahfiz
    kadang itu yg org tak titik. berat
    tau salahkan je kan
    kawn cik. nur pun ada 20.thn.kawen.xda anak. kalu ada. sebaya ank ktorg
    takdir. yg dah tertulis ugk dia

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu sperma lelaki pun terhasil dari kecil . [Sebenarnya tak ingat]. Ingat perempuan sahaya yang ovum kita terhasil waktu kita dalam perut ibu sahaya.

    ReplyDelete
  6. zaman dah boleh check ni, sepatutnya jika dah lama kahwin dan masih tak dapat anak, tidak semestinya salah tu dari perempuan huhu

    ReplyDelete
  7. Baru tahu jugak term Azoospermia ni. Terima kasih share dan doakan :)

    ReplyDelete
  8. pernah baca pasal ada sesetengah air mani tanpa sperma tu sebab tu si isteri tak dapat mengandung tapi ramai yang tak nak buat test dan full check up sampai si isteri pulak kena tuduh mandul. Apa pun semoga mereka yang masih tidak punya anak tabah dan bahagiakan pasangan masing2 walau tanpa anak dan masyarakat pulak jgn pandang lain macam kat mereka ni..

    ReplyDelete
  9. semoga ada rawatan kepada yang ada masalah ni

    ReplyDelete
  10. Pernah juga baca pasal ni. Memang kesian, tapi dah itu dugaan dia. Semoga Allah beri kesabaran kepada pasangan ni

    Ada anak ke tidak, kahwin ke tidak bukan penentu tahap kebahagiaan. Kan boleh bahagia ikut cara sendiri

    ReplyDelete
  11. insyaAllah ada ikhtiar lain jika pasangan ada masalah macam ni utk dapat anak

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥