Cara Nak Check Performance Blog

Assalamualaikum.. salam Jumaat semua
Alhamdulillah pagi ni ada masa sikit nak bukak blog
Boleh la nak check di reading list di dashboard. 
Terdetik nak klik link update daripada Shafyqah Azahar
Oops, terkesan pulak sebab saya pun dah jarang update blog sekarang
Nak blogwalking pun sangat kurang
Awal pagi kalau sempat adalah jenguk ke 1-2 blog
 Lepas tu bila mode kerja dah on terus la lupa diri

Bercerita pasal blog
Bulan ni genaplah setahun saya menggunakan domain kakmim.com ni
NetKL pun dah hantar quotation untuk renew domain
Setahun guna domain sendiri, mestilah nak tau apa prestasi?
Prestasinya memanglah tak memberansangkan
Iyalah sekejap ada update, pastu lama pula cuti update
Pastu blogwalking pun kurang
Hihihi
Takpelah.. janji ada kepuasan sendiri

Lepas baca entri di blog Shafyqah Azahar
Saya pun try jugak nak check performance blog sendiri
Dann... tadaaa!

Inilah keputusannya.
Dapat karipap la wei!
Kesian tak kesian?

Kalau tak ada komitmen yang tinggi
Memang tak mengharaplah nak dapat A+ kan?
Dah blog sendu, result pun wajib sendu
Sedar diri gitu
Hihihi

Apa kata korang pulak check performance blog korang
Klik je link kat bawah dan masukkan URL blog korang

 https://gtmetrix.com/


Lepas dah dapat result nanti, bolehlah buat pelan tindakan pulak kan?
Hehehe

Oklah..
Nak gi bayar domain NetKL jap sebelum terlupa
Semoga urusan kita semua dipermudahkan hari ni
Insya Allah..


18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tukar tempplate KakMin, nanti perfomance jadi lebih baik.. nak bukak ni slow gak blog KakMin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sis.. mmg ada terpikir jgk nk tkr template tp blom ada masa.. tq tq

      Delete
  2. Mungkin boleh try tutorial ni untuk bagi laju sikit blog: https://www.faizsahaja.com/2021/11/penyelesaian-masalah-blog-lambat-loading.html

    ReplyDelete
  3. Bila kebuzyan melanda
    jarang2 dpt update kan he hee
    nk try jugaklah nanti tgk
    tqq mim

    ReplyDelete
  4. Dah test, dapat B. Kena study lagi kalau nak naik jadi A

    ReplyDelete
  5. Saya belum cuba..
    Nanti nak juga cuba.Sekarang ni rasa macam dah tak cukup masa sekarang ni.Seronok kalau blogwalking tapi macam tak dan ja sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh keja mcm biasa kan? ssh nk curi masa jenguk blog

      Delete
  6. Cik TK test, dapat A. Tapiiii... Tak tau macam mana boleh dapat A sebab blog Cik TK masih dalam proses tukar 'baju' ni...

    Oh ya.. Cik TK pun sejak mula kerja macam biasa pun dah susah nak dapat blogwalking. Update pun dah jarang-jarang... Huhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. dpt A ke? tahniah!! tp suka lah tgk baju blog cik TK yg baru tu... mcm kemas je

      Delete
  7. samalah kita kakmim. Syu pun D. hu3

    ReplyDelete
  8. terus ammi tekan link tu.. dpt C je you

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak dpt C.. usaha lg utk dpt A ammi.. hehehe

      Delete
  9. Saya dapat C je kakmim. Dulu rajin check semua bagai. lepas tu bila result tak okay, mulalah mood merundum. Nak mengejar perfect tu jadi stress pulak. Lagi lagi kalau tukar template. Mana yang mampu je lah ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form