Review Mad About Nuts by Tupperware




Ehem! 
Tak boleh tahan la tengok kaler ni 
Ada kacang pulak tu
Elok-elok dapat menahan diri puasa daripada membeli Tupperware
Tapi yang ni dah terbooking awal dulu dah
Tak ingat dah bulan bila dah place order
Bulan ni tinggal buat payment je

Ada apa dengan Mad About Nuts by Tupperware  ni?

NUTS GIFT BOX
💎 Roasted Honey Almond 90g
💎 Roasted Chili & Lime Cashew Nut 90g
💎 Mini Rectangular Keeper 980 mL 

Ya! Tuan-tuan dan puan-puan
Ada 2 jenis kacang dalam mini rectangular keeper Tupperware
Kacang almond & kacang gajus
2-2 sedap

Rectangular keeper tu lah yang menarik-narik rasa nak membeli
Sebab sebelum ni saya dah ada kaler hijau epal
Sangat best untuk simpan kek
Lepas potong, boleh terus siap hidang pulak tu
Best jugak tambah koleksi.. dapatlah sedondon dengan set cawan.. eh?


Kacangnya? Sedap!
Produk Tupperware tak pernah tak sedap
Cookies pun sedap

Peminat Tupperware begitulah
Jangan risau.. saya beli saya pakai
Saya tak simpan
Ada jugak yang saya akan guna ikut season
Contohnya.. pakai masa hari raya je
Pakai masa tetamu datang je
Tapi..
Yang pakai basahan harian pun memang banyak

Kalau bapak saya..
Memang pantang dia hidang tetamu dengan perkakas 'plastik'
Tapi pak..
Ini plastik bukan sebarang plastik
Ini Tupperware
Hahaha!

Rumah anak dia tak boleh nak kata apa
Dia datang pun anak hidang guna set Tupperware semua
Hihihi

Seronok bila semua sedondon macam ni
Inilah bahagia cara saya





 

Post a Comment

14 Comments

  1. Alaaa.. tak boleh tengok lama2 ni, takut tergoda juga.

    ReplyDelete
  2. Cantik bentuk tupperware tu.
    Kat rumah penuh dengan tupperware..
    Relative banyak bagi..bila kumpul jadi banyak plak..hehe

    ReplyDelete
  3. Setuju..
    product tupperware tak pernah tak sedap..Kek buah..kek coklat..cookies semua sedap kan..
    Cantik set purple

    ReplyDelete
  4. kacang dan tupperware sama sama tempting tengok. Sekali dah kumpul warna ni boleh koleksi pun best gak. Jadi satu set gitu. Kalau raya ada pulak dengan keknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalau raya ada kek.. skrg dh collect order cookies utk cny dh

      Delete
  5. kacang2 tu memang sedap, klu saya dapat, saya amik kacang jer, tupperware tu bg kat kakmim

    ReplyDelete
  6. so far belum jadi pengumpul tupperware lagi. mungkin kena tunggu duduk rumah sendiri. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dlu ms single kononnya stat kumpul utk berumah sendiri ms kawen tp last² bg mak je.. hehehe

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥