Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Tupperware. Show all posts
Showing posts with label Tupperware. Show all posts

09/12/2020

Apa?? Tupperware Lagi???

December 09, 2020 10 Komen

Mug untuk 4 beranak

Nasib baik Encik Suami tak pernah kecam kegilaan Kakmim ni terhadap bendalah yang bernama Tupperware ni. Memanglah tak kecam sebab Kakmim tak mintak duit dia pun untuk beli barang-barang Tupperware. Dah hobi sendiri tak perlu mintak duit orang lain kan? Barulah kepuasan tu datang dengan sendirinya.


Kadang-kadang Kakmim sembunyikan dulu bila dah beli. Lepas tu terus basuh dan pakai untuk kegunaan seharian. Time tu baru dia perasan dan tegur, "Eh, Tupperware baru ek?" ๐Ÿคซ๐Ÿ˜‚


Kadang-kadang dia puji jugak. "Cantik Tupperware ni". Time tu lah masanya untuk Kakmim 'injek' sikit. "Mestilahhh.. Tupperware kan?" ๐Ÿคฃ time tu lah nak berlagak kan? Adoi la!


Pernah jugak timbul keinsofan nak bertaubat daripada membeli Tupperware lagi. Bukan tak pernah berazam, pernah! Tapiii... betullah orang perempuan ni ada 1 akal 9 nafsu. Uwaaaa!


Korang tau tak mug tu ada 4 jer. Lagi 2 orang takde. Oops, tengoklah ada hati lagi nak mencari dan menambah ๐Ÿ˜…


notakakmim: Tahun 2021 kita kurangkan pembelian tupperware k
 

16/10/2020

Perempuan vs Tupperware

October 16, 2020 3 Komen

 

Entahlah. Kononnya nak insaf takmo dah beli bendalah Tupperware ni tapi nafsu nak melengkapkan 1 set warna untuk dihidang di atas meja makan tu mengatasi segalanya. 

Mungkin semalam hari yang agak tegang jugak kot so bila tengok Sweet Berries ni depan mata rasa nak terkam jugak, lepasssss semua rasa.

Sebelum ni tengok-tengok jer si Sweet Berries ni tapi bila dah depan mata, dah tengok saiznya, mak ai memang cun giler ah nak hidang sayur panas-panas untuk #imanfamilia ๐Ÿคญ

Ok ok.. cukup kot 3 set warna untuk serve famili masa dinner & lunch. Boleh tukar-tukar warna gitu. Hihi ๐Ÿคช

16/12/2019

Wanita dan Tupperware

December 16, 2019 2 Komen
Ehem! Sensitif sikit kan bila disebut tupperware ni. Entah apalah sumpahannya. Walaupun dah ada tetap jua masih mencari. Bilalah nak insof. Hihihi.

Siapa tak suka tupperware?? Tipulah kalau pempuan tak suka tupperware. Kalau boleh setiap bulan nak je tupperware baru tapi tahan.. tahan... sesungguhnya aku berpuasa tupperware. Ye ke??

Weekend ari tu kan Kakmim ada program student. So bermalamlah di tempat budak² camping. Nasib baik bermalam semalam je kau, kalau tak, mau dapat banyak lagi.. ehem... tupperware baru uols!! Hahaha.

Sesambil bebudak buat discussion dalam kumpulan, kami-kami ni (Kakmim dan sorang kawan je) udah ler mata ngantok tangan pun apalagi laju jer lah scrol²  di fb. Alih² terjumpa satu post ni, nampak satu gambar, lawa!! Macam rare je. Hmm..

Nampak ni ha!!!

Amacam? Rare kan? Ye lah sebab ni tupperware oversea. Berangan dulu ni. Pastu scrol lagi dan lagi page tu. Amboih... laju ye tangannya.

Jumpa 1 lagi!!!

Kaler ni rare kan? Hahaha. Gila betoi pastu kami decide untuk proceed 2 set tu pastu share sorang 1, ambik 1 botol sorang. So setiap satu set kami akan dapat. Hahaha. Duduk² macam tu boleh tershopping botol air. Apa? Botol air lah. Tapi maaf la bukan untuk anaknya, untuk mak nya. Anaknya biarlah pakai edisi yang lama dan local. Mak nya kena rare. Hahahaha.

Dan Kakmim terus whatsapp seller dan buat payment. Now tengah tunggu Pos Laju jer lagi!!! Yeehaaaaa!!! Dah ada botol baru untuk tahun baru 2020!! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Botol yang banyak² kat umah tu nak buat apa??? - monolog Kakmim

Tu pun pakai jugak la, bawak pergi shopping ke. Yang macam rare ni macam lawa je ni bawak pegi opis, boleh bawak minum kat kedai mamak. Nanti kalau tertinggal atas meja akak kedai mamak tu marah sis sebab tinggalkan tupperware. Alaa.. Sis tak sengaja la. Hihihi

Apa lah nasib wanita ni kan? Tu lah ada 9 nafsu. ๐Ÿ˜ฉ