Sekali-Sekala Makan Di Luar Hari Bekerja


Jarang jugak sebenarnya kami anak-beranak makan di luar malam hari bekerja ni. Bukan apa, sebab kalau makan di luar dah banyak buang masa kat jalan dan tunggu order. Padahal kalau di rumah banyak benda yang kita boleh setelkan. Apatah lagi kalau zaman bersekolah dulu, saya akan pastikan #theIMANs tidur awal sebab nak bangun awal pulak pagi harinya. Memandangkan diorang masih PDPR saya ajaklah Ayah diorang makan kat luar malam ni tadi. Itupun sebab nak carikan headset baharu untuk Kakak Iman exam MPKAFA sepanjang 2 minggu ni. 


Nak ke shopping mall besar takut buang masa atas jalan pulak. Lepas tu sekejap jadinya nak memilih barang. So kami decide ke Matang Mall je. Kat situ memanglah takde kedai jual peralatan komputer tetapi setakat headset mesti ada di Popular Book Store. Memang betul jangkaan saya. Tak salah decision saya untuk ke Matang Mall. Benda macam ni pun perlu pasang strategi juak, dapat la berlagak sikit dengan Encik Suami. Hahaha!


Dah dapat apa yang nak dicari, komik pun budak-budak lelaki tu dapat, terus diorang request makan pulak. Diorang ni tak makan tak sah kalau ke mana-mana.


Kami makan di open space area depan Matang Mall je.
Antara tempat favourite kami untuk makan sebab open space, luas dan bersih.


Lama jugak dah tak ke sini.. siap lampu lip lap dah pulak kedai ni


Order kakak Iman sampai dahulu, dia order nasi goreng ayam.
Order kami pulak lambat sampai
Itu lah snap sana snap sini to kill the time


Alan


Awan


Abang


Ayah

Makanan yang kami order tak sampai serentak
Memang malas la nak ambik gambar
Order paling lambat ialah order abang
Dia order buttermilk chicken with rice
Nasib baiklah sedap walaupun lambat

Oh ya.. saya sempat grab majalah Gila-Gila di Popular tadi
Lamaaaaaaaaaaa giler dah tak membelek komik ni.
Baru baca sikit sekejap tadi.
Komiknya takdelah happening sangat macam dulu-dulu
Tapi bolehla lepas gian nak baca komik
Asyik tengok #theIMANS je baca komik
Ibu pun teringin jugak
Tapi kena komik zaman Ibu jugak lah.. hehehe




 

Post a Comment

21 Comments

  1. Hahaha kan lama x bc gila2.. Ada gak beli tp feel tu dh lain plak..

    ReplyDelete
  2. Nangga majalah ya teringat zaman sekolah dolok. Sik alah² ngekot melukis kartun dalam ya. 🤣😂

    ReplyDelete
  3. Meriahnya kedai makan dia..
    Lama giler tak baca majalah gila2 ni.
    Ingat dah xde dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rupanya masih ada lagi.. tp x perasan ambik yg edisi oktober

      Delete
  4. Dulu kalau dapat majalah gila-gila ni memang saya akan cari 3 dara pingitan...Ujang &Atuk..A.Mamud
    Nostalgia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 dara pingitan tu mmg favourite.. baca yg tu dlu

      Delete
  5. Gil-Gila totap lejen haha.. seronok bebudak tu dpt jalan2

    ReplyDelete
  6. MPKAFA di sana buat secara online ke?
    Anak ammi buat secara semuka pastu dia buat sorang 1 hari. All in ke macam mana ntah.
    Dua tiga kali juga parents dok tanya dalam grup, ustaz kata datang cuma hari yang ada nama anak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ammi.. kt sini budak x pegi sekolah lg.. dh hari ke2 masih lg belum giliran kakak iman... sorg murid dlm 45 minit nk jawab soalan scr spontan.. sekelas ada 30 org..huhu

      Delete
  7. Bagus di popular bookstore ada jual headset. Seronok dapat dine in, mesti sedap buttermilk chicken. Nak beli juga la komik gila-gila hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat accessories computer mmg ada.. powerbank, cable pn ada.. cuma pilihan limited sikit laa

      Delete
  8. Yeay! GG!

    Ehem... Nama uncle ada kat bahagian redaksi tu....

    Saja nak bagitau... huhu

    ReplyDelete
  9. Makan tu wajib kalau dah penat jalan jalan. hihi..menarik restonya ada lip lap, dapat juga bergambar sakan sebelum makanan sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. diorang ni papahal pun mkn yg penting

      Delete
  10. Orang perempuan ni atur strategi shopping macam strategi berperang kan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib... kena plan spy x dipertikaikan.. hahaha

      Delete
  11. Majalah ni sezaman dengan majalah mangga, ujang & mastika, dll. Dedulu rajin curi-curi baca majalah abang sedara punya. Memang banyak koleksi dia. Balik jer dari asrama mesti baca majalah ni sebab duduk rumah diorang. Nak beli tak mampu sebab masih sekolah 😅. Belanja pun 50 jer time tu. Hu3.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥