Kenapa Pilih Jenama Baju Sekolah A Level?

Memandangkan budak sekolah menengah masih PDPR maka hari tu kami tak buat lagi persiapan sekolah si Kakak. Lagipun dia tak ikut jugak masa kami shopping barang-barang persiapan si Alan. Ye lah, Alan sorang je yang nak kena beli barang baru sebab dia baru je nak menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Maka semalam walaupun bekerja 8 jam di ofis, balik tu memang dah set dah mental mesti keluar lagi bawak #theIMANs ni makan kat luar dan beli baju sekolah Kakak. Minggu depan dah nak ke sekolah menengah dah.

Untuk baju sekolah tak lain dan tak bukan, memang saya dah target baju sekolah jenama A Level. Selalunya di Parkson memang ada jenama ni. Semalam sembang dengan kawan di ofis tentang tudung sekolah. Rupanya A Level pun ada tudung jugak. Kenapalah saya tak pernah nampak sebelum ni? Selalunya tudung saya akan beli di kedai yang menjual kain pasang yang bermeter-meter tu. Semalam selesai semua barang persiapan Kakak, baju sekolah 2 pasang, tudung sekolah pun 2 pasang. Baju saiz M, tudung saiz XL. Baru lega bila semua dah setel.

Kenapa saya pilih jenama A Level?



Pada tag baju pun mereka dah claim jenama A Level ni:

1. Tidak akan bertukar menjadi kuning
2. Tidak akan pudar dengan mudah

Ya, saya sebagai pengguna eh, pembeli baju sekolah jenama ni memang berpuas hati dengan kualiti baju sekolah keluaran A Level. Memang terbukti tidak cepat kuning dan kualiti materialnya memang best.

Dan.. yang paling best....

Baju sekolah A Level ni mudah sangat digosok. Sebab material kainnya tak berapa berkedut. Ini point penting ye. Sebab gosok baju sekolah ni saya paling malas, selalu Encik Suami yang take over keja ni. Baju saya sendiri pun saya jarang nak gosok, kalau terpaksa je barulah gosok. Strateginya beli baju ironless dan tudung pun sama, less iron. Hahaha!

Seluar pj pun saya beli jenama A Level. Tak mudah terkoyak sebab material agak tebal. Biasalah budak lelaki ni lasak, selalu je nak terkoyak kat celah kangkang tu. Adoi!

Fitting sizing secara random, malas nak ke fitting room.

 
Mungkin korang ada jenama pilihan korang tersendiri kot. Macam beras jugak, kicap, ubat gigi. Kan? Kan? Takpe kita raikan pendapat, saya suka keju tapi tak semesti korang suka kan?

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Betul kan..lelaki dari budak sampai ke bapak budak, suka sangat koyak kat celah kangkang tu kan..haha..

    ReplyDelete
  2. Bagus kainnya tak jadi kuning, betul tu kena set minda bila balik kerja nak uruskan hal lain, rasa tak penat..

    ReplyDelete
  3. mak bapak dh sibuk beli pakaian sekolah anak² skrg ni kannn..

    ReplyDelete
  4. janji putih helok ja bajunya memang kita suka

    ReplyDelete
  5. bagus tu, mudah digosok, heheheh. Pilihan ibu2 semestinya.

    ReplyDelete
  6. nasib baik uncle dah takde anak bersekolah...

    ReplyDelete
  7. tetibe nak pkai baju sekolah balik hahaha

    ReplyDelete
  8. Bab tak suka menggosok tu kita sejiwa hahaha

    ReplyDelete
  9. Paling penting mudah gosok atau ironless... Tak suka gosok bajuuuuu

    ReplyDelete
  10. patutlah tak pernah nampak jenama ni..sebab tak membeli belah di Parkson.
    utk school uniform ammi biasa beli brand Black Cat atau No Problem je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form