Menjadi Emcee Untuk Majlis Resepsi 220222


Benda yang saya tak pernah buat ialah menjadi pengacara majlis!
Sepanjang bekerja saya selalunya menjadi orang di belakang tabir je.
Jawatankuasa teknikal & jaga P.A system tu dah biasa dah.
Memang perkara biasa bekerja dengan lelaki-lelaki.
Enjoy bila dapat jaga que emcee, jaga susunan lagu-lagu, tekan play montaj, buat sound check. Hehehe!

Bulan 12 hari tu punya cerita, buat majlis doa selamat sikit di hotel.
Susah-susah je nak carik orang lain, saya dan Encik Suami je lah jadi emcee, lagipun cousin sendiri je dan tetamu pun tak ramai.
Dan sejak itu, mak pun introduce saya dan suami untuk jadi emcee majlis anak saudara kami. Ah, sudah, mak ni memandai-mandai pulak.

Tarikh 22/02/22 dipilih untuk majlis akad nikah sebelah paginya.
Malamnya pulak majlis resepsi sebelah perempuan.
Dan malam itulah kami suami-isteri bertugas.
Chewahhhh! Bertugas tu.
Menyesal pun ada jugak sebenarnya.
Elok-elok selalu pergi kenduri je, enjoy bersembang dan makan.
Ni lain pulak debarannya.
Nak prepare skrip lagi, cari pantun lagi.
Nasib Encik Google banyak membantu.

Baju tak sedondon tapi bolehlah, setona kan?
Dah beli baju kaler pastel kuning sekali sampai tak sama dengan kaler tone baju melayu Encik Suami.
Semangat tu mesti ada, siap beli baju baru lagi.
Tapi tak pakai pun.
Huhu!

Yeah! Master or ceremony.

Oh ya, majlis resepsi dibuat di Serapi Hotel.
Area Satok, agak baru jugaklah hotel ni.
Yang bestnya milik bumiputera.
First time jugak pergi function di hotel ni.
Iyalah dah 2 tahun tak merasa pergi kenduri kahwin.
Excited rasanya walaupun kenduri dan bertugas.

Sempat selfie depan hotel sebelum balik.
SOP hotel sekarang 3 jam je buat majlis.
So sebelum pukul 10.00 malam memang kami dah clear.

Bersama ibu dan bapa pasangan mempelai, cousin saya ni sebenarnya.
Yang kahwin pangkat anak buah kami.


Sebab view sangat rare ada tangga macam dalam cerita hindustan.
Hahaha.
Bergambar di kaki tangga pun boleh.


Last but not least, bersama pasangan pengantin baharu.
Tahniah Feeqah & Fiqqin!
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Terima kasih kerana mempercayai 'servis' kami.



 

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Saya biasa jadi MC dan moderator program bual bicara.. Tapi taklah hebat sangat.. Saya suka mencuba perkara yang baru.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat menunjukkan bakat terpendam
    tahniah juga buat mempelai

    ReplyDelete
  3. Seakan akan nama pengantin Feewah dan Fiqqin. Sama cantik sama padan. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia sampai syurga. Sweetnya emcee, setona pun boleh kakmim :)
    Lepas ni mesti mak kakmim recommend kat majlis kenduri lain pulak :)

    ReplyDelete
  4. wah tahniah dpt jadi emcee...slmt pengantin baru

    ReplyDelete
  5. Bkn semua org berani jd emcee ni
    cayalah mim ada bakat
    kalau ciknur tak keluar suara la gamaknya he hee

    ReplyDelete
  6. Tererlah kakmim boleh jadi emcee. Kalau kita...malam tu mesti tak dapat tido 😅
    Last kita jadi emcee masa sekolah. Lepas tu takdak dah. Ha3
    Emcee dalam rumah jer. Bercakap dengan periuk belanga 🤣

    ReplyDelete
  7. sepadan pulak nama pasangan pengantin, Feeqah & Fiqqin...nama anak nanti jadi Fifi hahah..

    mesti sedap ni suara kakmim

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form