Muzium Budaya Borneo Dibuka Mulai 4 Mac 2022

Muzium Budaya Borneo dibuka mulai hari ini,  4 Mac 2022

Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

Muzium bertaraf dunia yang direka dan dilengkapi dengan kemudahan abad ke-21 itu mempunyai ruang pameran interaktif berkeluasan 6,000 meter persegi, untuk mempamerkan kekayaan warisan budaya negeri kepada dunia. 

Artifak dan spesimen unik akan menjadi sebahagian daripada pameran yang bersedia untuk membawa pengunjung ke dalam perjalanan interaktif yang mempamerkan sejarah dan kehidupan masyarakat Sarawak.

Bangunan berkeluasan 30,000 meter persegi ini diperakui Indeks Bangunan Hijau (GBI), bakal menjadi tarikan kepada pengunjung domestik dan antarabangsa. 

Bangunan setinggi lima tingkat itu menempatkan kafeteria, galeri kanak-kanak dan kawasan pameran.

Muzium bertaraf dunia itu dibina dengan kos RM308 juta pada 2015 dan siap 2019, namun pembukaan ditangguh ekoran pandemik Covid-19.

Untuk 3 bulan pertama selepas perasmian muzium ini, kemasukan adalah percuma. 

Link untuk tempahan secara online ke Muzium Budaya Borneo ialah 

https://museum.sarawak.gov.my/page-0-0-170-BCM-Booking-Form.html

 


















Post a Comment

9 Comments

  1. Salam.jumaat
    mim
    biasa muzium bw rombongan ank2 sekolah dorang excited ttgk

    ReplyDelete
  2. Wow! Cantik bangunan muzium ni dari luar. Muzium besar yang pernah saya pergi Muzium Terengganu tu. Muzium Budaya Borneo entah bila nak sampai tak tahu. Nak jejak Sarawak pun payah. Tapi kalau ada rezeki ke sana, kena singgah sini.

    ReplyDelete
  3. wah muzium baru,,, ni belah mana ni?

    ReplyDelete
  4. Hebat Jabatan Muzium Sarawak. Saya pernah adakan lawatan kerja ke muzium ini semasa ia dalam pembikinan sebelum covid pertama.

    ReplyDelete
  5. Sangat gah dan menarik!
    Kalau ada kesempatan nak juga ke muzium ni.

    ReplyDelete
  6. terigin nak pegi. mmg nampak besar muzium ni mesti best

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥