Selamat Kembali Ke Sekolah Penggal 1 2022/2023



Alamak! Lamak tak posting kat sini kan? 
Saya jenguk-jenguk jugak blog kengkawan tapi takde jugak meninggalkan jejak.
Memang invisiblelah beberapa bulan ni.
Medsos lain pun jarang jugaklah berupdate.

Sebenarnya kan..
Banyak sangat momen-momen yang terjadi dalam timeline hidup seorang Kakmim sejak awal Mac yang lalu. Cuma masa je takde nak mencoretkan di blog.
Insya Allah kalau dapat curi-curi masa nanti, kita buat throwbacklah.

Alhamdulillah Isnin lepas dah bermula sesi persekolahan untuk Penggal 1 2022/2023.
Persiapan ala kadar sahaja.
Penggal ni semua dah di sekolah rendah, kakak pula dah menjejakkan kaki di sekolah menengah.
Tapi kakak PDPR lagi sampai awal April nanti.
Abang penggiliran, dia kumpulan A so minggu ni memang kena ke sekolah, minggu depan PDPR.
Awan & Alan memang setiap hari kena gi sekolah sebab tahun 1 dan tahun 2.
Alan dah tahun 1 dah tahun ni.
Pejam celik pejam celik, si Upin Ipin Ibu ni dah bersekolah di sekolah yang sama.

Rezeki Alan bersekolah sama dengan Awan, takde rezeki nak masuk sekolah agama macam Abang & Kakak. Kebetulan masa ujian kemasukan ke sekolah Abang & Kakak hari tu, Alan positif Covid-19 so memang tak bolehlah nak duduk ujian tu. Frust jugaklah cikgunya sebab Alan siap pergi tusyen dengan cikgu di PASTI masa cuti sekolah sebagai persediaan nak duduk ujian kemasukan ke sekolah tu. Tapi tak apalah, ada hikmahnya jugak Alan masuk sekolah sama dengan Awan. Takdelah berpuluh tahun sama je sistem di sekolah Abang Kakak tu. At least kenallah jugak sistem sekolah biasa.


Upin Ipin Ayah Ibu ni, macam kembar tapi memang bukan kembar.
Sorang lahir 2014, sorang lagi lahir 2015.

Awan Alan disambut Spiderman masa sampai di sekolah.

Gambar dicandid oleh Ayah dari jauh.
Entah apalah diorang sibukkan tu.
Kecik je Alan.. hahaha.
Awan Alan memang Ayah yang hantar ambik.
Abang Kakak memang Ibu dari dulu lagi, tapi nanti bila Kakak dah start sekolah, jadi 2 route pulak perjalanan Ibu sebelum sampai ke ofis. Nasib baik Abang penggiliran.


Sibuk dengan balloon balik dari hari pertama di sekolah rendah.


Alahai Upin Ipin fake ni.. hahaha

Ni sampai awal ke ofis, tu yang menyempat.
Sejak sekolah bukak ni memang awal je sampai ofis. 
Memang nak je simpan memori hari pertama Alan ni hari Isnin lepas.
Tapi kebetulan memang tak sempat nak curi masa.
Hari ni takde kelas so bolehlah curi masa sebelum memulakan tugas hakiki.

Bah, kita breakfast dulu yok!
Kita makan bekal yang bawak dari rumah je.
Sama bekal dengan #theIMANs.

Cuba teka saya masak apa pagi tadi? Hahaha


 

Post a Comment

10 Comments

  1. anak-anak sorang tahun 6, sorang tahun 2...tiada penggiliran. hadap jelah sekolah setiap hari ye anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe x lama lg puasa rilek sikit x perlu prepare bekal.. hehehe

      Delete
  2. Selamat bersekolah Alan & Awan. Tengok mak2 post gambar anak pergi sekolah baru tahu sekolah dah start 🤭. Kakmim masak maggie goreng eak....He3~

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi goreng kosong... hehehe... kalo letak ayam letak sayur kompom kena tolak tepi semua

      Delete
  3. Ala rindu pula zaman sekolah dulu. Ehh sedap tu maggie goreng. lama tak makan maggie goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi goreng kosong je ni... selera budak.. hehe

      Delete
  4. Masak maggi ke tu, Kak Mim? Sodappp tu.

    Oh, ada maskot jugak ya. Hari tu tengok berita tv, banyak sekolah ada maskot utk sambut pelajar kembali ke sekolah. Meriah betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. megi bogel je kak SK... hahaha

      aah.. spiderman ni dr thn lepas lagi dh setia berkhidmat di sekolah awan

      Delete
  5. Alahaiii! comel je Upin Ipin ya
    Isnin lepas memang ramai parents yang ada anak sekolah rendah up-date hari pertama anak ke sekolah macam-macam ragam depa hehehee...

    ReplyDelete
  6. Selamat bersekolah awan dan alan. Memang nampak kembar betul Awan & Alan macam upin ipin. Hehehe..sweet dia berpimpin tangan. Semangat budak budak masuk sekolah ada Spiderman.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥