Review Ovaltine Crunchy Pop Ice Cream

Sekarang ni saya tengah taklimat dan bengkel, secara online
1 guna Microsoft Team, 1 lagi di Webex
Walaupun pagi tadi dah heavy breakfast tapi sekarang tengah cari kudap-kudapan pulak
Mistake la tak ready dengan jajan
Nak keluar beli jajan malas pulak 

Cara nak lupakan craving ni jenjalan di blog kawan-kawan
Hargai peluang ni kan?
Sesambil tu scroll photo gallery di henfon
Tetiba terjumpa gambar aiskrim ni pulak
Ah sudah... sedap tau aiskrim Ovaltine ni

Dulu mula-mula Alan lah yang nak beli asikrim ni
Abang-abang pilih aiskrim rainbow je
Tapi Alan, biasalah.. dia selalu nak lain dari yang lain
Dan selalunya yang dia nak memang harga pun lain jugak
Haha! Memang dasar anak bongsu
Tapi Ibu layankan aje


Rupanya sedap lah aiskrim pilihan Alan ni
Terasa Ovaltinenya

Lemak-lemak Ovaltime dan vanilla dengan rasa coklat
Memang sedap
Dah jadi favourite pulak dah
Suka!!

Ada yang dah try ke?
Sebelum puasa ni kena try tau
Nanti teringin pulak tertengok gambar ni

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tak berapa gemar ice cream sebab sejukkkkk bila makan, gigi ngilu! Tapi kalau ice cream vanilla sahaja okay je nak telan sbb rasanya nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least ice cream vanilla mkn jugak.. kalau ngilu mkn dgn bread.. hihi

      Delete
  2. Mengundang nafsu nak beli ni. 😅

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. dah selamat makan td.. balik ambik abang dr sekolah terus pi beli.. hahaha

      Delete
  4. Belum cuba, nampak pun sedap, lemak-lrmak ovaktine, teringin pulak..

    ReplyDelete
  5. tak pernah try lagi kakmim. Lama tak makan aiskrim. Pandai Alan pilih. Anak bongsu memang macam tu kan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera anak bongsu ni mmg kayangan sikit.. hahaha

      Delete
  6. Belum cuba lagi. Tapi coating aiskrim tu memang menawan betul kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul² peminat coklat mmg tergoda part tu

      Delete
  7. eh belum cuba, nanti carik sebelum puasa 🤣

    ReplyDelete
  8. Lama tak nampak Ovaltine.. Ada lagi rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... hehehe... tp mmg x penah beli kt mydin

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form