Diari PKP - Hari Pertama PKP

Kronologi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Mac 2020


Pada 16 Mac 2020 jam 9 malam waktu MalaysiaPerdana Menteri Malaysia ke-8Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.[7]


Maklumat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020
#Keterangan
1Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.[8]
2Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.[8]
3Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.[8]
4Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.[8]
5Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.[8]
6Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.[8]


Berkuat kuasa pada 18 Mac, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui siaran langsung kebangsaan mengumumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April.[9][10] Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan kawalan pergerakan lebih lanjut sehingga akhir April atau Mei kerana jumlah kes di Malaysia dijangka meningkat pada pertengahan April, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). [11][12] Pada 8 April, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kementerian kesihatan sedang mengadakan perbincangan dengan kabinet negara mengenai kemungkinan lanjutan PKP, dengan keputusan empoh PKP yang diumumkan tidak lewat daripada hari Jumaat.[13][14]


Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mulanya memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak mematuhi langkah kawalan boleh dikenakan pelbagai penalti di bawah Kanun Keseksaan.[15] Walau bagaimanapun, pada 18 Mac, jabatan Peguam Negara mengeluarkan gazet persekutuan khusus untuk perintah kawalan, menyatakan penalti sehingga RM1,000 dan/atau sehingga enam bulan penjara bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan perintah itu.[16]


Semua perjalanan antara negeri, kecuali perjalanan ke Sarawak tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak polis yang dikehendaki dengan alasan yang sah dalam tempoh kawalan.[17] Kehadiran orang ramai di balai polis yang cuba mendapatkan permit hanya dalam tempoh beberapa jam sebelum kawalan perjalanan dikuatkuasakan juga berlaku. Bimbang bahawa penyakit itu akan tersebar, PDRM kemudian membatalkan polisi tersebut dalam tempoh beberapa jam sehingga notis selanjutnya.[18]


Semasa perintah itu, PDRM mengadakan sekatan jalanraya di seluruh negara,[19] untuk memastikan dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah dan mematuhi perintah itu.[20][21][22] Bermula dari 22 Mac, Angkatan Tentera Malaysia akan digerakkan untuk membantu pihak PDRM bagi memastikan keberkesanan perintah terebut.[23][24]


Pada 30 Mac, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa semua perniagaan seperti pasar raya dan restoran, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan hanya boleh dikendalikan dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam bermula dari 1 April.[25] Bagaimanapun, kerajaan Sarawak menegaskan masa operasinya dari 7 pagi sehingga 7 malam, menyatakan bahawa siang di Sarawak lebih awal berbanding Malaysia Barat.[26] Langkah selanjutnya bermula 1 April; seseorang tidak boleh menemani orang lain semasa perjalanan kecuali dengan tujuan untuk perubatan, radius perjalanan 10 km untuk semua pelancong (termasuk untuk tujuan perubatan) dan melarang semua jenis perhimpunan kecuali untuk pengebumian, namun para hadirin mesti dalam jumlah minimum.[27] Sesiapa yang melakukan perjalanan dengan tujuan perubatan dikecualikan daripada peraturan perseorangan dan jarak perjalanan.[28]

Semua peringkat rantai bekalan berkaitan pertanian dan industri perikanan dibenarkan beroperasi sepanjang perintah.[29]


Begitulah.. sedikit sebanyak kronologi PKP di Malaysia pada tahun 2020. Sumber ni dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020-21. Simpan sini untuk bacaan sendiri nanti-nanti. Kalau ada yang rasa nak edit info dalam Wikipedia tu dipersilakan.


Terciptanya MCO Food Diary di Instagram


Mula-mula PKP ni takdelah terasa sangat sebab ingatkan tak lama. Alaa.. 2 minggu je kot, boleh lah bercuti santai kat rumah. Tapi dalam masa 2 minggu tu macam-macam perkara terjadi. Masa ni saya memang tak aktif blogging lagi, walaupun banyak masa terluang kat rumah. Benda yang tiap hari wajib dibuat ialah masak la apalagi. Nak makan kat luar tak boleh, nak makan macam mana, kedai pun tak bukak, food rider pun semua offline. So masa tu memang saya buat MCO Food Diary di Instagram. Memang hari-hari saya akan upload untuk kenangan. #theIMANs pun dah faham dah, kena tunggu Ibu ambik gambar dulu baru boleh makan. Hihi. So terima kasih Google Photo sebab dengan adanya Google Photo ni saya cuba simpan food diary zaman PKP ni kat blog pulak.



18 Mac 2020


So inilah lauk kami anak-beranak masa day-1 PKP tahun 2020 hari tu. Paprik Ayam. Actually saya dan Encik Suami dah start beli stok barang dapur pada hari Jumaat, 3 hari sebelum PKP diumumkan. Hari tu, Jumaat 12 Mac 2020, kami suami isteri ambil cuti sebab nak uruskan penjualan kereta Myvi kami, dan balik daripada urusan di UTC kami terus ke Mydin beli stok barang dapur. Encik Suami dah rasa lain macam je dengan Wuhan Flu ni (nama asal sebelum dibrandingkan menjadi Covid-19), mak saya pun sama, send Whatsapp suruh beli stok makanan in case berlaku apa-apa. Hmm... betullah hari Isnin pun terus diumumkan PKP bermula 18 Mac 2020. 17 Mac saya masih lagi ke kolej menghabiskan sisa-sisa PdP sebelum PKP bermula. Nasib baik semuanya setel.



Mula-mula jadi suri rumah memanglah rajin, lepas tu masak ala-kadar je lah. Insya Allah saya akan upload lagi gambar-gambar lain nanti.



Siap-sedia untuk disantap 5 beranak. Encik Suami mana pernah merasa duduk rumah masa PKP sebab dia memang kena kerja macam biasa di hospital. Kami anak-beranaklah ketakutan berdepan dengan staf hospital ni bila dia balik kerja di sebelah petang. Hahaha! Kenangan sungguh.


 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. semoga kita x lagi menempuhi PKP mcm ni..

    ReplyDelete
  2. PKP dalam knangan. masa tu takut betul. kalau pergi kedai beli barang dapur, rasa macam nak pergi perang

    ReplyDelete
  3. Betul..semua tinggal kenangan...bayangkan beraya PKP...berjauhan ngan adik beradik...menangis2 buat VC...masak memang hari- hari masak..tu x kira lagi badan start naik..semua pakaian kerja x muat...

    ReplyDelete
  4. Tinggal kenangan. Moga sikda agik lepas tuk eh. Masa pkp sampey sikda idea nak masak apa, kotan sik keluar makan. Hahaha...

    ReplyDelete
  5. kenangan musim pkp. macam2 jenis masakan dicuba :)

    ReplyDelete
  6. Masa tu yang ingat nya badan naik banyak pastu bermul aktiviti berkebun juga

    ReplyDelete
  7. aduh kenangan betul PKP tu.. pahit manis semua ada

    ReplyDelete
  8. mama dulu masa pkp pun rajin aje share resepi dan bercucuk tanam.. tapi dah habis mco semuanya terus ke laut haha

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, fasa ngeri PKP dah berakhir. Tetapi kenangannya pasti melekat kuat dalam ingatan kita :)

    ReplyDelete
  10. mmg havoc lepas pengumuman pkp tu..nak save2 semua kerja, ada yg kena angkut desktop bawa balik rumah...mmg kenangan sungguh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form