Sepetang di Coco Cabana

Hari ke-2 di Miri, hari Jumaat.. adik pun dah lapor diri di ofis baru
Kami pula? Plan ke Permaisury Imperial Mall je untuk lunch
Sementara Encik Suami dan adik ipar solat Jumaat di masjid berdepan dengan mall
Biasalah dah time lunch, semua kedai penuh
Kami ke Sugar Bun je, itu je ada meja kosong
Order guna apps siap payment
Sekali waiter kata apps tak boleh pakai, diorang tak dapat trace order
Menggelegak jugaklah darah
Tau apps tak boleh pakai bagitaulah awal
Ni kami datang kami setting meja sendiri sambung meja
Dia tak pulak approuch kami cakap nak ambik order ke bagitau apa-apa ke
Memang hilang jugaklah sabar, order banyak dah setel payment
Last-last orang lain pulak entertain kami, lelaki
Haa.. tau takut budak pempuan tu
Ni adik-beradik ni bergabung memang menyeramkan
Apatah lagi bab makan
Last-last setel.. tetiba lelaki tu datag diorang dah boleh bukak apps
Dah dapat trace order kami

Bayangkan dari ayah diorang ke masjid sampai ayah diorang habis solat baru boleh makan. Sampai je makanan semua fokus makan

Fokus makan ni.. laporr

Bayangkan dengan budak-budak yang aktif ni semua.. nasib baik sebelum order sampai gula-gulakan diorang dengan henfon dan ipad dulu. Kalau tak mau Sugar Bun itu diorang buat macam rumah sendiri

Petangnya kami ke lepak je di Coco Cabana

Tapi budak ni semua komplen, ni bukan pantai, ni laut 🤦‍♀️
Sebenarnya diorang nak main pasir
Ni laut, ada batu je takde pasir 🤦‍♀️
Nasib baik ada main tiup bubble tu
Bergumbiralah mereka di tebing tu bersama budak-budak lain

Ni Ayah dan anak dating tepi tebing

Maknya dan paknya 😂

Kena tunggu sampai sunset
Dah nak sama tinggi rupanya mak dan anak.. hmm

Support system.. adik-adik Kakmim

Subhanallah masya Allah.. seronoknya kalau tiap hari dapat tunggu sunset.. tenang je dengan desiran pantai


Sampai malam kat sini.. ada pameran Transformers


Seronok diorang ni

Bapaknya pun seronok


Trademark Miri.. kuda laut
Bestnya Coco Cabana ni memang tempat untuk bergambar

View love sangat

Yeah!! Kami ❤️

Gambar banyak.. nak kena buat photobook rasanya ni
Nak upload semua di medsos pun tak dan
Sikit-sikit jadilah
Ini pun sekadar catatan di blog





 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Seronoknya jalan-jalan dengan adik-beradik. Mau tak banyak gambar. Maybe boleh buat private grup fb family, senang letak je semua gambar kat album grup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea kak ujie... boleh dibuat lps ni... tq bg idea

      Delete
  2. Memamg bestt jln2 family
    meriah suasana adikberadik❤️
    Tgk.sunset lglah bertambah best ni
    rinduuu nk ke pantai jga nj

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cik nor... best lepak dgn famili... rindu jugak dh nk ke pantai ni

      Delete
  3. Bab makan ni jgn main-main, esp time tengah lapar haha ...
    Gambar sunset tu wow sangat kakmin 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... PH pn memahami... part mkn jgn dipandang enteng... hahaha

      Delete
  4. Hahahaha.. pasal makan memang boleh menggelegak darah dibuatnya kannn.. hahaha. Mujur akhirnya masing2 muka ada sunyummmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x sedap mmg x senyum kak SK.. dh lah lama menunggu bila sampai x sedap pulak.. mmg cr nahas.. hahaha

      Delete
  5. Mak dengan anak macam akak dengan adik lah. Saya last time ke Miri pergi Luak Bay je

    ReplyDelete
  6. wah seronik juga datang ramai begitu...meriah dan kecoh tu confim kak mim

    ReplyDelete
  7. Jalan jalan macam ni kalau ada tukang ambil gambar best. hehe.. Budak budak memang suka la berjalan macam ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form