Persiapan Baju Seragam Pandu Puteri Remaja

Memandangkan kakak Iman dah start ko-kurikulum bersemuka maka barulah sibuk nak prepare baju seragam Pandu Puteri. Rupanya bila masuk sekolah menengah ada Pandu Puteri Remaja (form 1-3) dan Pandu Puteri Renjer (form 4-5). Itu yang membezakan kaler skarf tunas, remaja dan renjer. 

Makanya hari ni Ibu mohon keluar pejabat untuk ke HQ Pandu Puteri di Batu Lintang. Plan asal Ayah yang nak pergi beli tapi Ibu ada free sikit di ofis so Ibu je pegi beli.

Kalau pegi sini mesti staf tu ingat Ibu ni cikgu. Hihihi. 
"Taklah, saya beli untuk anak je."

Baru tau ada Pandu Puteri Remaja ni, skarfnya warna kuning muda. Cantik kaler ni kan? Pastel colour. Staff tadi kata nanti bukak je jata negeri di scarf masa tunas dulu sebab sama je. Boleh jahit kat scarf remaja ni. Takdelah membazir. Baiklah.

Alang-alang belikan sekali jurnal untuk sekolah menengah ni walaupun tuan punya badan tak pesan.


Rasanya macam baru je lagi beli baju uniform Pandu Puteri masa kakak Iman darjah 4, sekarang dah upgrade ke Pandu Puteri Remaja pulak dah. Hmm.. terasa cepatnya masa berlalu. Rugi 2 tahun sebenarnya angkara Covid-19.



 

Post a Comment

5 Comments

  1. Cantik yer skaf pandu puteri tu, teringat pula zaman sekolah masuk pengakap kena pakai skaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... cantik... sy pun br tengok jugak ni

      Delete
  2. ala rindunya zaman sekolah. Pandu Puteri jugak.

    ReplyDelete
  3. Seronok ikut aktiviti kokurikulum. Pernah dulu ikut aktiviti Pandu Puteri, tapi sekarang saya penasihat pengakap.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥