Minions: The Rise of Gru - Pertama Kali Mewayang Sejak Post-Pandemik

Rasanya ini movie kami yang pertama sejak 2 tahun yang lepas. Sejak pandemik melanda negara memang tak jejak pun panggung wayang dah. Masa mula-mula industri ni baru bukak pun masih tak konfiden lagi nak mewayang. Minions ni pun sebab si Abang ajak mewayang sejak awal bulan ni. Adik-adik follow je, apa yang Abang cadangkan memang diorang support punyalah. Kecuali si Kakak lah. Semalam dalam kereta pun dah nangis sebab risaukan kerja sekolah yang belum siap. Padahal Ibu Ayah dah cantik plan pegi awal pagi so boleh balik awal dan setel apa yang patut lepas tu.

Sampai 15 minit awal, sempat beli jajan dan bergambar.

Pelik pulak time budak bertiga ni lighting terang pulak.

Ibu dan Awan si #anakno3

Fokus padahal baru iklan. Kih kih kih

So bongsu mestilah nak dekat Ayah dan Ibu


Oleh sebab Kakak perlu siapkan kerja rumah dan sampai awal di umah, habis je movie kami terus keluar dari Vivacity tu. Carik makan kat luar je. Kalau makan kat situ confirm manusia ramai dan lambat. Kami makan di Singapore Chicken Rice (SCR) je, semua nak cepat kan. Menu paling laju nasik ayam lah. Kah kah. Tapi Ibu tak larat nak makan nasi ayam, Ibu order Hot Pot Chicke Ginger with rice, nasik ayam halia lah, hahahaha!

Ginger chicken SCR ni memang sedap. Favourite dari dulu-dulu lagi.
Kat bawah tu ada nasik putih yang dah dibanjiri kuah ayam halia tu. Dapnyer.


Bila sampai rumah Kakak terus je buat kerja sekolah, si adik-adik mula-mula tu layan Boboiboy bila dah petang sibuk nak main badminton. Abang pulak? Dia duduk je kat luar tengok adik-adik main. Apalagi baca komik lah.

Minions? Macam biasalah, comel. Puas hati sebab sound system IMAX memang the best. Menang kat situ lah kot. Jalan cerita? Saya tak berapa gemar pulak Gru tu beria-ia nak jadi penjahat. Hmm... mungkin saya ni terlalu 'berfikiran jauh' kot. Atau memikirkan sesuatu terlalu serius. Bukan apa, nanti budak-budak tengok dia pun nak jadi penjahat sebab kenapa Gru boleh nak jadi penjahat. That's my 10 cents la. Nasib baiklah takde persoalan daripada #theIMANs yang lelaki 3 orang tu kenapa Gru nak sangat join team penjahat. 

Tapi di akhir cerita, terselit juga pengajaran daripada atok WK tu buat anak-anak yang menonton, nak buat sesuatu kenalah buat bersama-sama dalam 1 team. Teamwork gitu. Dan walaupun WK tu penjahat, atok segala penjahat tapi dia masih tetap ada sisi baiknya.

Begitulah...

 

Post a Comment

8 Comments

  1. hahahaha.... otto! otto! otto! hahah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mmg geram nk tgk tp itulah.. sbb xmo menyumbang kpd sol sol tu.. nnt beli dr astro je

      Delete
  3. Kesian kakak riso nya dgn kerja rumah. Kmk org enjoy jak cita Minion sbb lucu dgn telatah sidaknya. Mengekek2 anak2 kmk tetak dalam wayang.

    ReplyDelete
  4. ramai cakap best. selesa nampaknya kerusi iMax. Kakak tu macam saya lah, kecik-kecik dulu. tak siap kerja sekola pastu nangis. jangan jadi cam kak Sal ye, sampai besar overthinking

    ReplyDelete
  5. Abang suka baca komik ye... macam Firdaus pula!

    ReplyDelete
  6. Wahhh, tak tengok lagi Minions...tunggu kalau keluar kat memana baru nengok Minions ni...tak pernah tengok kartun dalam wayang..hoho

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥